awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan tubuh Majlis Madani - Ahmad Zahid

Fareez Azman
Fareez Azman
21/03/2023
11:56 MYT
Kerajaan tubuh Majlis Madani - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, majlis itu akan dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Gambar fail
BANGI: Kerajaan menubuhkan Majlis Madani bagi menterjemahkan konsep kerajaan madani melibatkan semua pihak di negara ini.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, majlis itu akan dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan perancangan pelbagai program berkonsepkan masyarakat Malaysia Madani.
"Apa yang penting, kita mahu mengajak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam menterjemahkan pelaksanaan falsafah dan konsep masyarakat madani ini supaya difahami dan menyantuni semua pihak.
"Konsep dan falsafah madani ini perlu menyantuni kepelbagaian agama, budaya bahasa dan latar belakang masyarakat," jelasnya.
Tambah Ahmad Zahid, pengumuman selanjutnya akan dibuat Anwar berkenaan keputusan mesyuarat Majlis Madani yang akan dijalankan.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menutup Konvensyen Perpaduan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam 2023 di sini pada Selasa.
Konvensyen anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) itu turut dihadiri wakil 150 NGO Islam dari seluruh negara.
Terdahulu dalam ucapannya, Ahmad Zahid turut mengumumkan dana sebanyak RM1 juta kepada Yadim bagi menjalankan aktivit tahunan.
Dalam konvensyen berkenaan, 10 resolusi turut disepakati oleh NGO-NGO Islam antaranya membangunkan kompleks lengkap dengan fasiliti antaranya seperti pejabat, dewan seminar, dewan serbaguna dan bilik latihan.
Topic Berkaitan
#Majlis Madani
#Ahmad Zahid Hamidi
#NGO Islam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan