awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan tumpu lima sektor baharu strategik, perkukuh asas ekonomi - Rafizi

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
02/10/2023
15:21 MYT
Kerajaan tumpu lima sektor baharu strategik, perkukuh asas ekonomi - Rafizi
Rafizi berkata, visi yang jelas ini memberi keyakinan kepada pelabur mengenai keupayaan Malaysia kekal berdaya saing. - Gambag fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Strategi kerajaan dalam mendepani kelembapan ekonomi dan ketidaktentuan nilai mata wang global adalah dengan membina asas ekonomi baharu yang kukuh.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata visi yang jelas ini memberi keyakinan kepada pelabur mengenai keupayaan Malaysia kekal berdaya saing meskipun dalam suasana ekonomi yang mencabar.
“Sebab itu kita ambil kira mengenai keperluan untuk memberi tumpuan kepada lima sektor strategik baharu, supaya dalam keadaan yang tidak menentu ini sekalipun kita terus menambah pelaburan-pelaburan untuk tambah kapasiti dalam sektor-sektor ini.
“Ini kerana, dalam satu atau dua tahun lagi ekonomi dunia akan kembali pulih. Apabila ekonomi dunia pulih, Malaysia akan mendapat laba. Itu tujuan perancangan-perancangan seperti Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12),” katanya.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata strategi kerajaan dalam mendepani kelembapan ekonomi dan ketidaktentuan nilai mata wang global adalah dengan membina asas ekonomi baharu yang kukuh.#AWANInews #AgendaAWANI pic.twitter.com/dbab0nUT2m
— Astro AWANI (@501Awani) October 2, 2023
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Isnin.
Menurutnya lagi, semua pihak harus menerima hakikat bahawa dunia ketika ini berdepan dengan kelembapan ekonomi yang antara lain terkait dengan kadar faedah Rizab Persekutuan Amerika Syarikat, peningkatan harga barangan serta tenaga pada skala yang meluas.
Namun, beliau berpegang kepada prinsip kitaran ekonomi yang akan melalui fasa naik turun, dan kelembapan yang dihadapi ketika ini juga akan kembali melonjak dalam masa sekurang-kurangnya dua tahun lagi.
Menerusi Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030), kerajaan menyasarkan empat misi utama - kemajuan ekonomi rumit (advanced economic complexity); agenda negara digital; ke arah negara sifar karbon; serta mengawal keselamatan dan keterangkuman ekonomi.
Misi tersebut ditumpukan kepada 21 sektor ekonomi dan lima sektor ekonomi baharu adalah dalam bidang aeroangkasa, bahan kimia/petrokimia, ekonomi digital, elektrik dan elektronik dan farmaseutikal.
Topic Berkaitan
#Rafizi Ramli
#NIMP2030
#sektor ekonomi
#bidang aeroangkasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan