awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
Latihan Harimau Shakti kukuhkan kerjasama pertahanan Malaysia-India
Dua rentung: Kebakaran dilakukan anak mangsa - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan tumpu usaha sokong pelaksanaan dan operasi pematuhan syariah

Bernama
Bernama
02/11/2018
09:15 MYT
Kerajaan tumpu usaha sokong pelaksanaan dan operasi pematuhan syariah
Kerajaan akan memberi tumpuan kepada usaha menyokong pelaksanaan dan operasi pematuhan piawaian syariah selari dengan memacu industri perbankan Islam negara.
Kerajaan akan memberi tumpuan kepada usaha menyokong pelaksanaan dan operasi pematuhan piawaian syariah selari dengan memacu industri perbankan Islam negara.
Menurut laporan Tinjauan Ekonomi 2019 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan hari ini, usaha akan ditingkatkan terutamanya dalam memperluaskan tawaran rangkaian produk dan aplikasi pelbagai kontrak syariah bagi memenuhi keperluan pelanggan yang pelbagai.
"Industri perbankan Islam terus mencatat pertumbuhan kukuh pada 2018, di mana jumlah aset berkembang 11.5 peratus kepada RM687 juta pada akhir Julai 2018 dan ia dipacu oleh pembiayaan kepada sektor isi rumah," katanya.
Pertumbuhan positif industri kewangan Islam turut didorong oleh kejayaan penggabungan sebuah bank Islam dan sebuah institusi bukan bank pada awal tahun ini.
Jumlah deposit dalam sistem perbankan Islam berkembang kukuh 12.6 peratus kepada RM507.1 bilion pada akhir Julai 2018.
Katanya prospek perbankan Islam dijangka kekal menggalakkan berikutan permintaan kukuh daripada sektor isi rumah dan perniagaan bagi produk dan perkhidmatan kewangan berasaskan syariah.
Di samping itu, peningkatan komitmen oleh pemain industri dalam mempromosikan perbankan Islam sebagai pilihan utama pembiayaan turut memainkan peranan penting dalam memajukan pertumbuhan industri.
Bagi Pasaran Modal Islam, syer pasaran ICM mencatat 60.5 peratus atau RM1,963.3 bilion daripada jumlah permodalan pasaran domestik pada akhir Julai 2018, manakala ekuiti patuh Syariah menyumbang 58.2 peratus atau RM1,142.9 bilion kepada jumlah ICM, dan selebihnya adalah jumlah sukuk terkumpul.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2019
#ekonomi
#merancak ekonomi
#pendidikan
#perbankan Islam
#syariah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan