KOTA BHARU: Pengumuman mengenai kos mengerjakan haji serta kuota haji bagi tahun ini akan dijangka akan diumumkan awal bulan April, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary.
Beliau berkata hujung minggu ini kerajaan Malaysia yang diwakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad dijadualkan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Arab Saudi mengenai perkara berkenaan.
Katanya, perbincangan turut merangkumi aspek prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi jemaah haji semasa menunaikan ibadah itu nanti.
"Beliau (Idris) akan ke Arab Saudi atas jemputan bermula 18 hingga 27 Mac ini, antara perkara yang dijangka akan dibincangkan nanti adalah perkara-perkara yang berkaitan dengan SOP dan urusan haji.
"Kerajaan akan membuat pengumuman berkaitan SOP dan kos haji berdasarkan hasil perbincangan itu nanti," katanya kepada pemberita selepas Majlis Konvokesyen Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) di Kompleks Dewan Jubli Perak Panji di sini, hari ini.
Pada majlis yang turut dihadiri Ketua Eksekutif KTD Dr Nik Kamarulzaman Awang Teh@Abdullatiff itu, 92 graduan menerima Diploma masing-masing dalam bidang Pengurusan Perniagaan; Multimedia; Pengajian Al-Quran Dan As-Sunnah; dan Syariah.
Sementara itu Ahmad Marzuk berkata pelaksanaan penjarakan fizikal untuk solat jemaah selaras 'Fasa Peralihan Ke Endemik' mulai 1 April ini, terletak dalam bidang kuasa kerajaan negeri.
"Terpulang kepada mereka (kerajaan negeri) untuk guna pakai ataupun tidak, kerana ia bidang kuasa negeri. Di peringkat Wilayah Persekutuan kita laksanakan tanpa penjarakan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 13 2022

Datuk Idris Ahmad dijadualkan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Arab Saudi mengenai kos mengerjakan haji serta kuota haji bagi tahun ini. - REUTERS/Ahmed Jadallah

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Delegasi Malaysia jalan kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya di UK
Datuk Seri Azalina Othman Said kini berada berada di London, United Kingdom bersama delegasi Malaysia untuk kajian empirikal cadangan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya negara itu.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Akta 555 memadai untuk kekang kegiatan sijil palsu - Zambry
Tiada keperluan untuk meminda Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) bagi mengekang kegiatan pengurniaan sijil akademik palsu.

Ibu bapa Zayn Rayyan tidak mengaku salah atas pertuduhan pindaan abai kanak-kanak
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik yang dibunuh, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, atas pertuduhan pindaan.

Indikator Ekonomi MADANI catat pencapaian positif - Dr Zaliha
Indikator yang menentukan kejayaan kerangka Ekonomi MADANI telah menunjukkan pencapaian positif setakat ini, kata Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Cubaan pindah khinzir disyaki dijangkiti demam babi Afrika gagal
Cubaan memindah keluar sejumlah khinzir yang disyaki dijangkiti penyakit demam babi Afrika (ASF) dari daerah Sepang berjaya dipatahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor (DVS Selangor).

Prabowo arah kos haji 2025 lebih murah
Prabowo meminta supaya usaha merasionalkan kos itu dibuat tanpa mengurangkan kualiti perkhidmatan kepada jemaah haji.

Bayaran haji naik 20 peratus bagi B40 dan M40, kos haji kekal RM33,300
Setiap seorang jemaah haji kumpulan B40 terima Bantuan Kewangan Haji RM17,300 dan bantuan kerajaan RM1,000.

Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.

Indonesia tetapkan kos haji 56 juta rupiah setiap jemaah
Kos menunaikan ibadah haji bagi setiap jemaah Indonesia ditetapkan sebanyak 56 juta rupiah (RM16,940) pada tahun depan berbanding 49.8 juta rupiah pada 2023.

Thailand dan Indonesia antara terkesan kenaikan kos haji
Kos mengerjakan haji pada musim hadapan bagi seorang jemaah Muassasah akan menjadi sebanyak RM34,000 seorang berbanding RM30,850 pada tahun ini (2023).

Peningkatan kos haji kerana faktor luar, TH komited tambah baik bantuan
Tabung Haji telah berusaha untuk mengawal peningkatan kos tersebut dengan memeterai beberapa perjanjian kontrak jangka panjang

Penurunan peratus mengundi, peningkatan kos haji tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Shahidan bertanya Perdana Menteri sebab penurunan dalam peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13, 14 dan 15.

Kos haji dijangka naik 11 peratus tahun depan - TH
Kos bagi menunaikan ibadah haji tahun depan dianggarkan meningkat mencecah 11 peratus berbanding tahun ini.

PRN: Subsidi tambang, kos haji RM2,000 untuk rakyat Selangor - Amirudin
Subsidi tambang dan kos mengerjakan haji berjumlah RM2,000 ditawarkan jika PH dan BN dapat membentuk kerajaan negeri dalam PRN pada 12 Ogos depan.

Formula baharu mengenai bayaran haji yang lebih lestari diperlukan - TH
Tabung Haji bukan sahaja bertanggungjawab kepada jemaah haji, bahkan juga kepada 8.8 juta pendeposit yang menjangkakan pulangan dividen.