awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sean ‘Diddy’ Combs fail rayuan mohon dibebaskan segera dari penjara
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan umum pembinaan 700 rumah PPR di Kepala Batas, dijual serendah RM45,000

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
02/11/2022
09:00 MYT
Kerajaan umum pembinaan 700 rumah PPR di Kepala Batas, dijual serendah RM45,000
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, projek bangunan empat tingkat bernilai RM113 juta itu adalah salah satu inisiatif Keluarga Malaysia. - Gambar fail
KEPALA BATAS: Kerajaan hari ini mengumumkan pembinaan 700 unit kediaman Projek Program Perumahan Rakyat (PPR) di Pongsu Seribu, Seberang Perai Utara di sini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, projek bangunan empat tingkat bernilai RM170 juta itu adalah salah satu inisiatif Keluarga Malaysia.
Katanya, Projek PPR Kepala Batas itu turut menyediakan tujuh unit rumah sebagai memenuhi keperluan orang kurang upaya (OKU).
Beliau berkata, projek berkenaan sebagai memenuhi keperluan kediaman untuk golongan berpendapatan rendah yang berkelayakan dan masih belum memiliki rumah.
“Kos pembinaan seunit rumah ini adalah RM161,000 tetapi ia akan dijual pada harga RM45,000 seunit.
“Ini bermakna subsidi bagi seunit rumah adalah RM116,000 dan jumlah keseluruhan subsidi yang ditanggung kerajaan bagi projek ini adalah sebanyak RM81.2 juta,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran pecah tanah PPR Kepala Batas, Masjid Putra Bertam dan Kepala Batas Youth Centre (KBYC) di sini, pada Rabu.
Sehingga 31 Ogos lalu, sebanyak 156 Program PPR meliputi 100,000 unit kediaman dibangunkan di seluruh negara dengan peruntukan sebanyak RM8.6 bilion.
Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, kerajaan sentiasa komited melaksanakan program pembangunan untuk Keluarga Malaysia berlandaskan prinsip Maqasid Syariah dan dalam konteks Malaysia, kerajaan bertanggungjawab memelihara dan menyuburkan pengembangan syiar Islam dalam kalangan Keluarga Malaysia terutamanya yang beragama Islam.
Justeru, beliau turut mengumumkan pelancaran majlis pecah tanah bagi pembinaan Masjid Bandar Putra Bertam, Kepala Batas yang akan dibangunkan di atas tanah milik Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) yang dapat memuatkan 1,500 jemaah.
"Projek kerjasama kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan sumbangan melalui kutipan wakaf dana pembangunan masjid itu berkonsepkan bangunan mesra alam rendah karbon dan bakal menjadi mercu tanda serta antara bangunan hijau di Pulau Pinang," katanya.
Selain itu, Ismail Sabri berkata pembinaan KBYC bernilai RM45 juta pula akan dilengkapi pelbagai kemudahan antaranya asrama, astaka, padang bola dan trek sintetik, dewan e-sport, bilik muzik, gimnasium dan trek jogging.
Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak pernah meminggirkan pembangunan negeri-negeri yang diterajui pembangkang.
"Meskipun Pulau Pinang adalah negeri yang diterajui oleh pembangkang, meskipun Dewan Undangan Negeri (DUN) ini adalah DUN pembangkang, namun kerajaan Persekutuan tidak pernah membeza-bezakan antara negeri dengan mana-mana DUN di negara ini demi kepentingan rakyat di kawasan tersebut.
"Kalau beginilah ikhlasnya kerajaan Persekutuan, eloklah pilih kerajaan daripada parti saya," tambahnya.
Topic Berkaitan
#PRU15
#ismail sabri yaakob
#Keluarga Malaysia
#PPR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan