awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
FMM saran daya saing kos yang lebih baik untuk sokong pertumbuhan pembuatan
Pendidikan sivik penting bendung tabiat membuang sampah - Lee Lam Thye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan umum PKP di Lahad Datu, Sabah esok - Ismail Sabri

Astro Awani
Astro Awani
10/04/2021
11:07 MYT
Kerajaan umum PKP di Lahad Datu, Sabah esok - Ismail Sabri
Ismail Sabri menegaskan, sehingga kini, KKM mengesahkan sebanyak 103 kes positif telah direkodkan dalam tempoh 14 hari di Lahad Datu. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di Lahad Datu, Sabah berkuatkuasa 11 sehingga 24 April 2021.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, sehingga kini, KKM mengesahkan sebanyak 103 kes positif telah direkodkan dalam tempoh 14 hari di daerah terbabit selain terdapat 49 sampel ujian saringan masih menunggu keputusan.
"Selain itu, KKM memaklumkan berlaku peningkatan mendadak kes postif harian dengan kadar kebolehjangkitan adalah tinggi.
"Pelaksanaan PKP ini untuk memastikan kadar infeksi terkawal dan tidak menular ke kawasan lain," katanya dalam satu kenyataan media pada Sabtu.
Selain itu jelas Ismail, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di sembilan Rumah Panjang Sungai Duan, Bahagian Mukah, Sarawak, bermula dari 11 April hingga 24 April 2021.
Ia termasuk Rumah Panjang Subing anak Jabo/Stevenson anak Ebek, Rumah Panjang Dingun anak Tidih, Rumah Panjang Nyaun anak Ganai, Rumah Panjang anak Tangkun, Rumah Panjang Budin anak Majang/Migi anak Kadong, Rumah Panjang Kinseng anak Jelian, Rumah Panjang Muda anak Lunjang, Rumah Panjang Ambo anak Ayom dan Rumah Jiram anak Tang.
Selain itu kata Ismail, kerajaan turut mengumumkan PKPD Politeknik Mukah, Bahagian Mukah, Sarawak, Kampung Menuang Baru, Limbang, Sarawak, Kampung Muhibbah Raya, Tawau, Sabah dan Kampung Bukit Belacon, Mukim Segama, Lahad Datu, Sabah.
Sementara itu ujarnya, Ismail mengumumkan penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pusat Jagaan Rohaniah, Sekolah Integrasi Ikhwan, Kampung Gong Kulim, Mukim Semerak, Pasir Puteh, Kelantan.
Dalam perkembangan berkaitan, Ismail menjelaskan, 78 individu ditahan kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) PKPB dan PKPP di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lalu.
Daripada jumlah itu, 74 dikompaun dan empat lagi direman.
Antara kesalahan dilakukan adalah tiada penjarakan fizikal (35), rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran (22), gagal merekod butiran diri di aplikasi MySejahtera (11) dan tidak memakai pelitup muka (10).
Katanya lagi, Operasi Benteng telah menangkap 49 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas 13 buah kenderaan darat.
Sebanyak 81 buah bot/kapal turut dikesan di perairan negara melalui enam aktiviti penglihatan.
Sementara itu katanya, sebanyak 88 operasi sanitasi dilakukan meliputi 20 zon merah, lapan zon jingga, 13 zon kuning dan tiga zon hijau di seluruh negara.
Ujarnya lagi, seramai 1,300 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa pada Jumaat dan semuanya telah dikuarantin di stesen-stesen kuarantin di seluruh negara.
Topic Berkaitan
#SOP
#KKM
#Tawau
#PKPD
#PKPB
#PKP
#ujian saringan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan