awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Alpha teruja jayakan 'Assalamualaikum Terengganu'
PM Anwar dukacita insiden pegeboman masjid di Islamabad
Tiga kluster tibi di Kelantan babit sembilan kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan umum tidak teruskan Program Subsidi Petrol

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
29/07/2020
04:15 MYT
Kerajaan umum tidak teruskan Program Subsidi Petrol
Keputusan itu juga bagi mengelakkan jurang harga petrol yang tinggi dikenakan terhadap penduduk Semenanjung, Sabah dan Sarawak. - Gambar fail
Program Subsidi Petrol (PSP) tidak akan dilaksanakan kerajaan buat masa ini bagi mengelakkan salah faham dalam kalangan rakyat.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, keputusan itu juga bagi mengelakkan jurang harga petrol yang tinggi dikenakan terhadap penduduk Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
“Untuk makluman pada 9 Julai 2020 KPDNHEP dan Kementerian Kewangan mengadakan satu mesyuarat untuk hala tuju PSP dan memutuskan dua perkara pertama KPDNHEP telah bersetuju tidak melaksanakan PSP dan Kementerian Kewangan akan menyediakan memorandum Jemaah Menteri untuk memuktamadkan PSP tersebut.
“Sebab tidak dilaksanakan untuk elak salah faham di kalangan penduduk Sabah dan Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan, hanya penduduk Semenanjung sahaja terlibat subsidi ini dan mengelakkan jurang harga petrol yang tinggi antara Semenanjung, Sabah Sarawak dan Labuan dan bagi kelompok M40 mereka hanya akan menikmati potongan harga semasa mengisi petrol di stesen minyak kerana diberikan kad minyak subsidi.
“Ini menimbulkan keraguan di kalangan rakyat berkenaan ketelusan dan pemberian subsidi ini,” katanya.
Beliau menjawab pertanyaan, Shaharizuirnain Abd. Kadir (PN-Setiu) yang mahu tahu tarikh baharu pelaksanaan PSP setelah ia ditangguhkan oleh Kabinet.
PSP yang dijadualkan bermula Januari 2020 sebelum ini ditangguhkan sehingga satu masa yang akan diumumkan kerajaan kemudian.
Katanya lagi, harga petrol RON95 juga masih di bawah paras ditetapkan PSP iaitu sebanyak RM2.08 seliter.
Topic Berkaitan
#kabinet
#Kementerian Kewangan
#kerajaan
#menteri
#minyak
#petrol
#Program Subsidi Petrol
#rakyat
#RON95
#subsidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan