awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar mahu pelaksanaan agenda digital, AI negara dipercepat
PERKESO giat tarik penjaja, peniaga kecil carum Lindung Kendiri
Belon meletup: MBPP akan tambah baik SOP, penggunaan gas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan usaha realisasi guru KAFA diserap jawatan tetap - Idris

Bernama
Bernama
28/01/2022
20:40 MYT
Kerajaan usaha realisasi guru KAFA diserap jawatan tetap - Idris
Idris berkata terdapat beberapa perkara perlu diselesaikan termasuk menyelaraskan masa kerja guru KAFA di seluruh negara. - Foto BERNAMA
LAHAD DATU: Rancangan khidmat guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) diserap ke jawatan tetap atau melalui kontrak perkhidmatan (COS) sedang diusahakan oleh kerajaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Idris Ahmad berkata terdapat beberapa perkara perlu diselesaikan termasuk menyelaraskan masa kerja guru KAFA di seluruh negara.
"Kita sudah bincang terutama syarat-syarat, dengan pihak berkuasa agama negeri serta agensi berkenaan agar guru KAFA ini dapat dibantu ditetapkan dalam perkhidmatan mereka ataupun COS peringkat awal dulu.
"Masalah ada negeri yang melaksanakan KAFA ini tiga hari seminggu sahaja, ada negeri pula lima hari," katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama guru KAFA, takmir dan imam di sini pada Jumaat.
Dalam pada itu, Idris mengingatkan agar semua guru KAFA termasuk imam di negeri ini menjaga akhlak dan menjadi contoh kepada masyarakat.
Selain itu, katanya pada tahun ini kerajaan menyediakan peruntukan RM1.5 bilion berkaitan hal ehwal Islam dengan RM140 juta untuk pendidikan, manakala RM58 juta disalurkan untuk pembangunan agama di Sabah.
Sementara itu, Jabatan Ketua Menteri Sabah dalam kenyataan pada Jumaat memberitahu Sabah menerima peruntukan RM58 juta daripada kerajaan persekutuan bagi elaun imam, guru takmir, guru KAFA, termasuk penyelia masjid.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#guru KAFA
#jawatan tetap
#kontrak
#Idris Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan