SHAH ALAM: Kerajaan menyasarkan peningkatan kadar sara diri (SSR) daging negara sehingga 50 peratus menjelang 2025 melalui pelbagai usaha yang giat dijalankan termasuk menarik pelaburan besar asing dan menggalakkan penglibatan penternak muda.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Chan Foong Hin berkata, pada masa ini negara hanya mampu menghasilkan sekitar 250,000 tan metrik daging setahun dan jumlah itu masih tidak mencukupi untuk penggunaan domestik.
Justeru, beliau berkata, kementeriannya bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LLP) akan melaksana pelbagai program dalam tempoh dua tahun akan datang bagi mencapai sasaran itu berbanding 24 peratus SSR daging tempatan buat masa ini.
"Terdapat pelabur asing turut menunjukkan minat mereka untuk melabur di Malaysia dan salah satunya adalah dari Qatar yang berminat untuk bekerjasama dengan FGV Holdings Bhd (FGV)," katanya kepada media selepas merasmikan program "The Cattle Ranch" yang dibimbing LLP, di sini, pada Selasa.
"Jadi ini antara cara kita untuk meningkatkan pertumbuhan industri ini termasuk menggalakkan pelaburan besar-besaran dan menggalakkan penglibatan golongan muda dengan menyediakan latihan dan program yang diperlukan," katanya.
Mengenai program The Cattle Ranch yang melibatkan 180 penternak dari seluruh negara, Chan berkata, ia bermatlamat membantu usahawan ternakan lembu dalam meningkatkan kapasiti dan kompetensi melalui saluran yang berkesan bagi membolehkan mereka berinteraksi dan membina jaringan perniagaan di seluruh negara.
Beliau turut memaklumkan, sejak 2015, LLP telah memberi pelbagai latihan dan menyalurkan peruntukan RM8.2 juta kepada 255 usahawan yang kini memiliki keseluruhan 11,000 ekor lembu ternakan. - BERNAMA
Bernama
Tue Dec 05 2023
Datuk Chan Foong Hin berkata, pada masa ini negara hanya mampu menghasilkan sekitar 250,000 tan metrik daging setahun dan jumlah itu masih tidak mencukupi untuk penggunaan domestik.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
PRCS salur bantuan 11 tan daging ke rakyat Gaza
Sukarelawan PRCS di Tebing Barat juga melakukan proses penyembelihan dan pembungkusan daging sebagai persediaan untuk masuk ke Gaza.
Malaysia yakin capai 50 peratus tahap sara diri sektor daging 2030 - Mohamad Sabu
Negara yakin capai sasaran 50 peratus tahap sara diri (SSL) bagi sektor daging lembu menjelang 2030, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
16,000kg daging segar dijual pada 'Program Mantai Rayo' Negeri Sembilan
Kira-kira 16,000 kilogram daging pejal atau 160 ekor lembu disediakan untuk rakyat negeri ini sempena jualan 'Program Mantai Rayo Negeri Sembilan' menjelang sambutan Aidilfitri bulan depan.
Kerajaan usaha tarik pelaburan asing, petani muda bagi tingkatkan pengeluaran daging
Pada masa ini negara hanya mampu menghasilkan sekitar 250,000 tan metrik daging setahun dan jumlah itu masih tidak mencukupi untuk penggunaan domestik.
1 maut, 85 dijangkiti antraks di Yogyakarta, Indonesia
Seorang disahkan meninggal dunia akibat antraks dan 85 yang lain didapati dijangkiti selepas mereka memakan daging yang dijangkiti di wilayah Yogyakarta, Indonesia, kata pihak berkuasa tempatan pada S
Tip buat pesakit asma, gout, anemia yang ingin makan daging
Selain enak dimakan, daging ini juga merupakan sumber protien yang baik untuk tubuh badan.
Maqis serah daging sejuk beku kepada Penjara Penor
Penyerahan membabitkan 34 karton daging kerbau sejuk beku dari India dengan nilai anggaran RM11,710.37 yang didapati tidak mematuhi prosedur pengimportan melalui Pelabuhan Klang Barat.
JPV Perak nafi keluar larangan beli daging ekoran penyakit lembu
JPV Perak tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan kononnya melarang pembelian daging ekoran penyakit lembu.
Menjelang Aidilfitri: Kerajaan teruskan pelaksanaan harga maksimum daging lembu tempatan - KPDNHEP
Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, penetapan harga siling berkenaan iaitu RM34.00 sekilogram, dibuat secara seimbang hasil daripada kajian menyeluruh di semua peringkat.
Tiada pencemaran COVID-19, Malaysia tidak sekat daging India
Malaysia belum memutuskan untuk menyekat kemasukan bekalan daging lembu dan produk berasaskan makanan dan ternakan yang dimport dari India kerana tiada kontaminasi jangkitan COVID-19 dilaporkan.