awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
Tidak setuju dengan semua dasar Ataturk, tetapi protokol Turkiye harus dihormati - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan wujud Sovereign AI Cloud bagi pastikan keupayaan AI nasional selamat - PM

Bernama
Bernama
02/10/2025
13:45 MYT
Kerajaan wujud Sovereign AI Cloud bagi pastikan keupayaan AI nasional selamat - PM
Anwar berkata gerak kerja itu adalah sebagai persediaan Malaysia ke arah negara AI menjelang 2030. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mewujudkan Sovereign AI Cloud bagi memastikan keupayaan kecerdasan buatan (AI) nasional yang selamat, berdaulat dan mampu menyokong perkhidmatan kerajaan serta pembangunan digital negara.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penubuhan Sovereign AI Cloud bagi menyokong perkhidmatan kerajaan dan pembangunan digital negara.
  • Mesyuarat MED4IRN turut membincangkan pelaksanaan MyDigital ID serta status MyGov Malaysia yang memerlukan kerjasama semua kementerian dan agensi.
  • Kerajaan bersetuju menubuhkan Pasukan Kuantum Negara di bawah Dasar Kuantum Negara untuk menghadapi ancaman teknologi kuantum dan memastikan keselamatan data.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu antara yang dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan 4IR Negara (MED4IRN) yang dipengerusikan beliau pagi tadi.
"Antara perkara utama yang dibincangkan termasuklah pelaksanaan MyDigital ID yang perlu dipertingkatkan, status MyGov Malaysia yang memerlukan kerjasama dan sokongan semua kementerian dan agensi.
"Semua gerak kerja ini adalah sebagai persediaan Malaysia ke arah negara AI menjelang 2030," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.
Anwar berkata mesyuarat berkenaan turut bersetuju dengan cadangan Dasar Kuantum Negara yang akan dimulakan dengan penubuhan Pasukan Kuantum Negara bagi memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi perkembangan teknologi kuantum serta ancaman Q-Day yang boleh menjejaskan keselamatan data dan infra digital negara.
Beliau berkata langkah itu penting bagi memastikan Malaysia kekal berdaya saing, berdaya tahan dan bersedia menghadapi cabaran teknologi masa hadapan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sovereign AI Cloud
#kecerdasan buatan
#pembangunan digital
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan