NATIONAL
Kerang terdampar bukan petanda bencana, selamat dimakan - Penyelidik UMT

Kerang yang terdampar masih dalam keadaan baik dan selamat dimakan, tetapi perlu dibersihkan dengan betul sebelum dimasak untuk mengelakkan pencemaran bakteria. -Gambar fail/Bernama
KUALA TERENGGANU: Fenomena kerang terdampar di pantai Terengganu yang tular baru-baru ini bukan suatu petanda bencana, malah ia selamat dimakan.
Ringkasan AI
- Fenomena kerang terdampar di pantai Terengganu adalah kejadian semula jadi yang berlaku setiap kali musim monsun timur laut tiba dan bukan petanda bencana.
- Kerang yang terdampar masih dalam keadaan baik dan selamat dimakan, tetapi perlu dibersihkan dengan betul sebelum dimasak untuk mengelakkan pencemaran bakteria.
- Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Terengganu menasihati orang ramai supaya memastikan kerang dimasak sepenuhnya sebelum dimakan dan mengelakkan pengambilan kerang mentah, terutama bagi individu dengan sistem imun yang lemah.
"Proses kerang terdampar ini berkait rapat dengan struktur geografi pantai, kekuatan ombak, serta arah dan kelajuan tiupan angin semasa musim monsun timur laut.
"Tiupan angin yang kuat dan pergerakan ombak besar membawa kerang-kerang ini ke pesisir pantai. Biasanya, kerang ini masih dalam keadaan baik dan boleh dimakan dengan selamat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, Dr Roslizawati mengingatkan bahawa beberapa perkara perlu diberi perhatian oleh penggemar makanan laut yang ingin mengambil peluang mengutip kerang tersebut.
"Kerang yang terkumpul di pantai berkemungkinan terdedah kepada bakteria atau pencemaran air. Oleh itu, penting untuk memastikan ia dibersihkan dengan betul sebelum dimasak," katanya menambah bahawa fenomena ini menunjukkan kepentingan ekosistem lautan dan pesisir pantai dalam mengekalkan keseimbangan alam.
Terdahulu, Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Terengganu Ruzaidi Mamat juga dilaporkan berkata hasil analisis makmal mengklasifikasikan kerang berkenaan sebagai Kelas B dan C, di bawah piawaian Program Sanitasi Kerang-Kerangan Kebangsaan (NSSP), yang perlu dimasak sempurna sebelum dimakan.
Ruzaidi menasihati orang ramai supaya memastikan kerang yang dikutip, dimasak sepenuhnya sebelum dimakan bagi mengurangkan risiko pencemaran bakteria selain menasihatkan pengambilan kerang mentah harus dielakkan terutama bagi individu dengan sistem imun yang lemah.
Sebelum ini, tular di media sosial aktiviti orang ramai menggunakan pelbagai cara seperti pukat ikan dan baldi untuk mengumpul hasil laut itu yang melimpah setelah terdampar di atas pasir di Pantai Sura, Dungun.
-- BERNAMA

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami