KUALA LUMPUR: Kerangka dasar yang baik dan teguh perlu bersifat altruistik untuk membuahkan kejayaan dalam pentadbiran di tengah-tengah perubahan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Beliau berkata kerangka dasar itu perlulah inklusif dengan melibatkan banyak agensi dan pihak berkepentingan untuk memastikannya berkekalan.
"Kerangka dasar hanya mampu kekal (pentadbiran) sekiranya membuahkan hasil dan bersifat altruistik. Ia (juga) demi manfaat kepada negara bahawa kerangka dasar ini perlulah munasabah.
"Sukar untuk sesiapa sahaja yang datang selepas anda (berikutan perubahan dalam pentadbiran) untuk mempertikaikan (dasar itu), kerana tiada kepentingan diri di dalamnya, memanfaatkan rakyat sebanyak mungkin dan diterjemahkan kepada jumlah makro lebih tinggi," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya berkenaan legasi yang diteruskan berikutan perubahan dalam pentadbiran pada sesi Dialog Peringkat Menteri dengan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang di Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia 2023 di sini hari ini.
Senada dengan Rafizi, Chang berkata kesinambungan dan kekekalan dasar adalah penting untuk memastikan ekonomi Malaysia berkembang mampan dan kekal berdaya saing di peringkat global.
Beliau berkata, sekiranya berlaku perubahan dalam pentadbiran terutamanya di peringkat menteri, persaingan dari segi "siapa yang boleh melaksanakannya dengan lebih baik" atau "siapa punya dasar" sewajarnya tidak dijadikan isu, sebaliknya memberikan tumpuan kepada "apa yang baik untuk negara."
Dalam perkembangan lain, Chang berkata syarikat pemula niaga disaran mendapatkan dana dari luar Malaysia yang berpotensi lebih besar, dan tidak hanya bergantung kepada bantuan kerajaan.
"Kita telah melihat banyak produk dan inovasi. Tetapi, banyak yang hanya berharap untuk mendapat pendanaan kerajaan untuk mereka meneruskan penyelidikan dan pembangunan.
"Kerajaan juga mempunyai had dan kita hanya berupaya membiayai beberapa produk atau inovasi, sekali gus mengharapkan kejayaannya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 03 2023
Rafizi berkata kerangka dasar itu perlulah inklusif dengan melibatkan banyak agensi dan pihak berkepentingan untuk memastikannya berkekalan. - Gambar fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Kerangka dasar teguh, altruistik penting untuk kejayaan pentadbiran - Rafizi
Kerangka dasar yang baik dan teguh perlu bersifat altruistik untuk membuahkan kejayaan dalam pentadbiran di tengah-tengah perubahan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.