awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerani rugi lebih RM255,000 ditipu menang peraduan

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
17/05/2021
07:28 MYT
Kerani rugi lebih RM255,000 ditipu menang peraduan
Mangsa mula berasa curiga dan mula sedar ditipu apabila suspek sekali lagi menghubunginya dan meminta mangsa membuat pindahan wang sekali lagi.
ALOR SETAR: Gara-gara tertarik dengan wang hadiah peraduan tanpa memeriksa terlebih dahulu kebenarannya seorang kerani sebuah kedai buku di Mergong di sini mengalami kerugian RM255,250.99.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kedah, Superintendan Elias Omar, wanita berusia 25 tahun yang menetap di Alor Setar itu menerima mesej melalui WhatsApp pada 17 April lalu mengatakan dia telah memenangi peraduan dari sebuah syarikat produk makanan dan minuman terkenal sebanyak RM3,300.
Katanya, mangsa kemudian diarahkan untuk memasukkan wang bagi mencukupkan nilai pada cek yang disediakan oleh pihak syarikat berkenaan.
Tanpa membuat semakan terlebih dahulu, mangsa telah membuat pindahan wang sebanyak 52 kali ke lapan akaun berbeza secara deposit tunai di mesin juruwang automatik (ATM) sehingga mencecah jumlah RM255,250.99.
Bagaimanapun mangsa berasa curiga dan mula sedar ditipu apabila suspek sekali lagi menghubunginya dan meminta mangsa membuat pindahan wang sekali lagi.
Elias berkata, mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar pada 10 Mei lalu untuk memaklumkan kejadian itu.
Ekoran daripada itu satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Elias menasihati orang ramai jangan mudah percaya pada panggilan atau WhatsApp menyatakan mereka telah memenangi sebarang peraduan dan meminta supaya membayar kos untuk mendapatkan hadiah.
Katanya, sebelum melakukan sebarang pemindahan orang ramai boleh mendapatkan maklumat dan modus operandi jenayah komersil termini melalui http://www Facebook.com/CybercrimeAlertRMP/ atau http://www.facebook.com/JSJKPDRM.
Seorang kerani kedai buku kerugian RM255,250 selepas terperdaya kononnya memenangi satu peraduan anjuran sebuah syarikat makanan terkenal, bulan lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah Supt Elias Omar berkata wanita berumur 25 tahun itu menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp pada 17 April lepas yang memaklumkan memenangi peraduan bernilai RM3,300 sebelum diminta memasukkan wang pada hari sama, bagi mencukupkan nilai pada cek disediakan pihak syarikat makanan itu.
"Mangsa yang tidak membuat semakan terlebih dahulu telah membuat 52 kali pindahan wang ke lapan akaun bank berbeza secara deposit tunai di mesin juruwang automatik (ATM), kaunter bank dan pindahan wang melalui mesin ATM, keseluruhannya sebanyak RM255,250 antara 17 April dan 7 Mei lepas.
"Mangsa mula berasa curiga dan sedar ditipu apabila suspek berterusan memintanya membuat pindahan wang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Elias berkata kerani berkenaan kemudian membuat laporan berhubung kejadian pada 10 Mei lepas dan polis kini sedang menyiasat kes itu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Beliau sehubungan itu meminta orang ramai supaya membuat semakan terlebih dahulu bagi memastikan kesahihan maklumat yang diterima melalui https://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ atau muat turun aplikasi 'Check Scammers CCID' bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat dan modus operandi jenayah komersial terkini melalui https://www.facebook.com/CyberCrimeAlertRMP/ dan https://www.facebook.com/JSJKPDRM/, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kerani ditipu
#scam
#menang peraduan
#mangsa
#Alor Setar
#Kedah
#bank
#WhatsApp
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan