KUANTAN: Seorang kerani wanita sebuah syarikat swasta mengalami kerugian RM109,540 selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud dalam talian Mac lepas.
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata pada mulanya ibu tunggal yang berusia 37 tahun itu telah berminat untuk menyertai skim pelaburan saham yang menjanjikan keuntungan lumayan menerusi laman Instagram.
Beliau berkata mangsa seterusnya menggunakan sumber kewangan sendiri selain pinjaman daripada rakan dan keluarga telah membuat 41 transaksi ke beberapa akaun bank berbeza.
"Mangsa kemudiannya tersedar telah ditipu selepas suspek meminta pelbagai bayaran tambahan untuk pelaburan tersebut sebelum dia dapat mengeluarkan keuntungan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Justeru, beliau berkata mangsa telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, Yahaya menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan sindiket pelaburan tidak wujud atas talian dan membuat semakan nombor akaun serta telefon yang diterima di pautan https://semakmule.rmp. gov.my terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 06 2024

Yahaya berkata pada mulanya ibu tunggal yang berusia 37 tahun itu telah berminat untuk menyertai skim pelaburan saham yang menjanjikan keuntungan lumayan menerusi laman Instagram. - Foto Bernama

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa nahas FRU
Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan rasa sedih dan mendoakan mereka yang kehilangan ahli keluarga dalam tragedi itu dikurniakan kekuatan, ketabahan serta dipermudah urusan.
Menyalurkan 50% daripada kutipan saman AWAS kepada Kementerian Pengangkutan - Loke
Menteri Pengangkutan berkata jawatankuasa kabinet bersetuju untuk menyalurkan 50% daripada kutipan saman Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) kepada Kementerian Pengangkutan. Dana ini akan digunakan untuk melaksanakan inisiatif keselamatan jalan raya, termasuk pemasangan lampu jalan LED solar di kawasan-kawasan yang dikenal pasti sebagai berisiko tinggi kemalangan.
#AWANInews
#AWANInews
AWANI Ringkas: PM arah siasatan secara menyeluruh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Jalan, lebuh raya baharu perlu ada terowong hidupan liar - KKR
Lembaga Lebuhraya Malaysia dan Jabatan Kerja Raya akan memastikan setiap jalan raya serta lebuh raya baharu selepas ini direka bentuk dan dibina dengan terowong hidupan liar.
Seni Malaysia gegar Abu Dhabi 5 bulan
“To Know Malaysia is To Love Malaysia” mengetengahkan 44 karya seni kontemporari oleh 10 pelukis Malaysia di Cultural Foundation Abu Dhabi dari April hingga September 2025. Ia adalah pameran antarabangsa pertama seumpamanya yang mempamerkan koleksi AFK, menyorot perjalanan seni dan identiti negara melalui lukisan, arca dan media campuran. Disokong oleh Christie's, CIMB Artober dan Limkokwing University, pameran ini menandakan kebangkitan seni Malaysia di pentas global.
Pemasangan lampu jalan LED solar antara inisiatif langkah -Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan telah memutuskan untuk memasang lampu jalan LED berkuasa solar di kawasan yang dikenal pasti sebagai lokasi kemalangan tinggi. Langkah ini bertujuan untuk meningkatkan pencahayaan jalan pada waktu malam, terutama di kawasan luar bandar bagi mengurangkan risiko kemalangan.
#AWANInews
#AWANInews

Anggota FRU maut kemalangan: Pemandu lori batu ada enam rekod kesalahan lampau
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, semakan mendapati, lelaki berusia 45 tahun tersebut pernah terlibat dalam beberapa kesalahan penyalahgunaan dadah.

PM Australia Albanese, menteri angkat sumpah selepas menang pilihan raya
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese dan para menterinya telah mengangkat sumpah selepas Parti Buruh memenangi penggal kedua dalam pilihan raya persekutuan, lapor Xinhua.

Anggota FRU maut kemalangan: Identiti sembilan mangsa korban dikenal pasti
Seramai Sembilan identiti anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam nahas ngeri di Kilometer 15, Jalan Sungai Manik telah berjaya dikenal pasti.
Tidak betul tolak Izzah bermaksud tolak Anwar - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution Ismail menolak telahan Datuk Seri Rafizi Ramli bahawa sekiranya calon Timbalan Presiden Nuzul Izzah Anwah kalah dalam pemilihan Parti Keadilan bermaksud penolakan terhadap kepimpinan Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kerani rugi RM109,540 terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang kerani wanita sebuah syarikat swasta mengalami kerugian RM109,540 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud dalam talian.