KUANTAN: Seorang wanita mengalami kerugian RM18,000 selepas wang di dalam akaun banknya lesap dipindahkan pihak tidak dikenali gara-gara mendedahkan maklumat perbankan internetnya melalui aplikasi palsu 'Bank Negara’.
Wanita berusia 41 tahun dan bekerja sebagai kerana di sebuah syarikat pengubahsuaian rumah itu mendakwa dia terpaksa berbuat demikian atas arahan pegawai 'Bank Negara' bagi tujuan siasatan selepas dikaitkan dengan kes tunggakan cukai syarikat.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, kejadian berlaku selepas mangsa menerima panggilan kononnya daripada pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada Jumaat memaklumkan tentang tunggakan cukai syarikat berjumlah RM38,000.
Menurutnya, syarikat itu dikatakan didaftarkan atas nama mangsa dan dia perlu menjelaskannya bagi mengelak tindakan undang-undang terhadapnya diambil.
“Bagi meyakinkan mangsa, panggilan telah disambungkan kepada seorang 'pegawai polis dari Balai Polis Kota Bharu' sebelum dimaklumkan bahawa satu laporan polis akan dibuat berhubung kes tersebut.
“Bagi menyelesaikan kes itu, mangsa diminta berbincang dengan pegawai 'Bank Negara' melalui panggilan yang disambungkan.
“Selepas berhubung dengan pegawai berkenaan, mangsa diminta memuat naik satu aplikasi 'Bank Negara' dan mengisi segala maklumat yang diperlukan pada ruangan yang disediakan,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Mohd Wazir berkata, akur dengan arahan itu, mangsa mengisi segala butiran yang diperlukan termasuk nombor kad pengenalan, nombor telefon, nama pengguna perbankan internet dan nombor kad banknya.
Menurutnya, selepas segala butiran itu dilengkapkan, mangsa diarahkan supaya tidak menggunakan perbankan internetnya dalam tempoh 24 jam sehingga siasatan selesai dijalankan.
“Arahan itu telah menimbulkan kecurigaan mangsa lalu dia menamatkan panggilan dan segera membuat semakan ke atas akaun banknya.
“Hasil semakan, mangsa mendapati wang di dalam akaun banknya berjumlah RM18,000 telah dipindahkan melalui tiga transaksi pemindahan ke sebuah akaun bank atas nama seorang lelaki yang tidak dikenali,” katanya.
Beliau berkata, syak telah ditipu, mangsa tampil membuat laporan polis di Balai Polis Mentakab pada Jumaat untuk tindakan lanjut.
Mohd Wazir berkata, semakan ke atas nombor telefon dan nombor akaun bank yang digunakan mendapati ia disenaraikan sebagai nombor telefon dan akaun bank bermasalah.
“Kita telah membuka kertas siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Mar 19 2022

Seorang wanita mengalami kerugian RM18,000 selepas wang di dalam akaun banknya lesap dipindahkan pihak tidak dikenali gara-gara mendedahkan maklumat perbankan internetnya melalui aplikasi Bank Negara. -Gambar hiasan

Adam Radlan berdepan enam lagi kes AMLA
Adam Radlan, 42, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Datuk Anita Harun.
T20 guna petrol RON95 purata RM399 sebulan
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menambah, kerajaan berharap
jaringan perlindungan sosial dapat dibincangkan dengan lebih mendalam.
jaringan perlindungan sosial dapat dibincangkan dengan lebih mendalam.
AWANI Ringkas: SPRM sedia beri justifikasi | Agihan subsidi perlu pendekatan baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Curi Honda City di pusat cuci kenderaan, lelaki dipenjara setahun
Seorang lelaki yang tular mencuri sebuah kereta jenis Honda City Hatchback di premis cuci kenderaan minggu lalu, dihukum penjara setahun oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa.
Keputusan rayuan Isa Samad pada 31 Januari 2024
Mahkamah Rayuan menetapkan 31 Januari tahun depan, untuk menyampaikan keputusan dalam rayuan yang dikemukakan oleh bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Samad.
Fahamkan rakyat tentang IDN dan e-invois - YB Arau
"Kita minta supaya kerajaan terang kepada rakyat, banyak yang tak faham, beri faham dahulu baru kita laksanakan," kata YB Arau.
"Sistem e-invois akan diperkenalkan pada 1 Januari 2024, sempatkah rakyat Malaysia difahamkan dan buat persediaan?" tambahnya.
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
"Sistem e-invois akan diperkenalkan pada 1 Januari 2024, sempatkah rakyat Malaysia difahamkan dan buat persediaan?" tambahnya.
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat

Agong, Putera Albert II lawat pusat konservasi Harimau Malaya, gajah
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Putera Monaco Putera Albert II berkenan melawat dua pusat konservasi haiwan yang terletak di Lanchang.

Budaya jual vape tanpa kira umur sukarkan usaha kawal jual beli
Budaya peniaga yang menjual produk merokok, seperti rokok elektronik atau vape kepada pembeli tanpa mengira umur, menyukarkan usaha kerajaan untuk mengawal penjualan dan pembelian.
SPRM sedia kemuka justifikasi isu akaun Aman Palestin
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersedia untuk mengemukakan justifikasi kepada mahkamah berikutan isu pembekuan aset Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Aman Palestin.

Indeks perdagangan luar negara naik sedikit pada Oktober - Jabatan Perangkaan
Harga eksport Malaysia pada Oktober 2023 meningkat 1.2 kepada 146.4 mata peratus daripada 144.6 mata pada bulan sebelumnya.

Kerani rugi RM18,000 dedah maklumat di aplikasi palsu 'Bank Negara'
Mangsa mengisi segala butiran yang diperlukan termasuk nombor kad pengenalan, nombor telefon, nama pengguna perbankan internet dan nombor kad banknya.