awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerani rugi RM45,000 diperdaya teman lelaki kenal di Instagram

Sinar Harian
Sinar Harian
10/03/2023
09:05 MYT
Kerani rugi RM45,000 diperdaya teman lelaki kenal di Instagram
Seorang kerani mengalami kerugian RM45,000 selepas terpedaya dengan African Scam. -Gambar hiasan
MELAKA: Seorang kerani mengalami kerugian berjumlah RM45,000 selepas terpedaya dengan tawaran teman lelakinya yang mendakwa akan mendapat imbuhan sekiranya menyertai misi bantuan kemanusiaan.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, mangsa berusia 29 tahun berkenalan dengan suspek berusia 37 melalui Instagram pada awal Februari lalu.
Menurutnya, suspek telah menawarkan kepada mangsa untuk menyertai program menderma atau memberi bantuan kemanusiaan dan pembangunan kepada kanak-kanak di luar negara melalui Pertubuhan United Nations Children's Fund.
"Mangsa tertarik apabila suspek memaklumkan jika aktif bersama pertubuhan tersebut, dia bakal menerima imbuhan daripada bank.
"Tanpa berfikir panjang mangsa mendaftarkan diri ke pautan palsu yang diberikan oleh suspek untuk memudahkan proses menderma kepada pertubuhan yang tidak wujud itu," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Jumaat.
Tambah beliau, selepas mendaftar, mangsa kemudian diminta membuat dua transaksi derma kononnya kepada pertubuhan terbabit menerusi dua akaun berbeza.
"Mangsa telah membuat transaksi berjumlah RM45,000 ke dua akaun berbeza pada 25 dan 26 Februari lalu.
"Apabila tidak menerima sebarang imbuhan seperti yang dijanjikan, mangsa yang berasakan dirinya ditipu membuat laporan polis," katanya kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Ujar beliau, African Scam ini menggunakan modus operandi baharu dengan taktik penipuan menderma.
"Saya menasihati orang awam agar sentiasa berhati-hati dengan sebarang pautan, panggilan atau aplikasi telefon yang diterima daripada pihak dikenali," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kenal di Instagram
#Kerani rugi RM45000
#diperdaya teman lelaki
#misi bantuan kemanusiaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan