IPOH: Seorang kerani kerugian kira-kira RM50,000 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai bank Isnin lepas.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri berkata wanita berusia 36 tahun itu menerima panggilan telefon daripada lelaki dikenali sebagai 'James' mendakwa mangsa mempunyai kad kredit yang dimohon di sebuah cawangan bank di Bandar Baru Klang kira-kira pukul 3.45 petang.
"Pengadu dimaklumkan telah membuat transaksi sebanyak tiga kali dengan jumlah keseluruhan penggunaan sebanyak RM15,596 namun pengadu memaklumkan dia tidak pernah membuat sebarang permohonan kad kredit dengan bank berkenaan.
"Suspek memaklumkan dia akan membantu pengadu membuat laporan polis kepada Bank Negara bahawa ada individu yang telah menggunakan butiran pengadu untuk membuka akaun di bank.
"Selepas itu, pengadu telah diminta maklumat peribadi serta butiran maklumat akaun bank miliknya dan suspek telah menghantar satu laporan polis kononnya telah dibuat bagi pihak pengadu untuk rujukan Bank Negara," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.
Beliau berkata tidak lama kemudian, pengadu menerima pesanan ringkas daripada pihak bank mengatakan bahawa pengadu telah membuat pindahan wang dalam talian daripada akaun miliknya ke akaun bank atas nama Saravanen A/L Kumar sebanyak 15 kali transaksi dengan jumlah RM50,000.
Katanya, mangsa seterusnya membuat laporan polis di Balai Polis Hutan Melintang dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 30 2021
Pengadu dimaklumkan telah membuat transaksi sebanyak tiga kali dengan jumlah keseluruhan penggunaan sebanyak RM15,596.
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Minat kendali jentera berat, ibu empat anak pilih pemandu bas sebagai kerjaya
Pernah diludah, dipekik dan dibaling botol oleh penumpang merupaka antara cabaran dihadapi Salfarina Muslim sebagai "Kapten Bas Rapid KL."
Kerani firma guaman didakwa pecah amanah
Seorang kerani firma guaman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan pecah amanah wang berjumlah RM31,460 milik firma guaman itu, dua tahun lepas.
Kerani wanita rugi RM585,700 terpedaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang kerani wanita "berputih mata" apabila menanggung kerugian sebanyak RM585,700 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud.
Wanita rugi RM326,100 menjadi mangsa 'phone scam'
Mangsa yang bimbang ditahan pihak berkuasa telah membuat pemindahan wang simpanannya sebanyak RM326,100 ke enam akaun dipercayai milik "keldai akaun" sejak Julai hingga Ogos lepas.
Disangka dah jadi peguam, Fathia Latiff jelaskan pekerjaan sebenar
Disangka Dah Jadi Peguam, Fathia Latiff Jelaskan Pekerjaan Sebenarnya
Kes basikal lajak: Pengurusan kes bagi rayuan kerani ditetapkan 13 Okt
Tarikh baharu itu ditetapkan selepas pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Norkamilah Aziz hari ini.
Kerani syarikat jualan didenda RM4,500 miliki gambar dan video lucah
Tertuduh didakwa memiliki 80 gambar lucah, 163 video lucah dan 1 fail PDF lucah di dalam telefon bimbit miliknya.
Kerani rugi RM50,000 diperdaya Macau Scam
Seorang kerani kerugian kira-kira RM50,000 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai bank Isnin lepas.
Pecah amanah RM4 juta, kerani syarikat pembinaan ditahan
Seorang kerani wanita ditahan polis semalam dipercayai terlibat dengan kes pecah amanah syarikat pembinaan melibatkan kerugian RM4 juta.
Kerani rugi RM40,000 terpedaya janji manis di Facebook
Seorang kerani yang ditipu sindiket Parcel Scam kerugian RM40,000 akibat percaya dengan janji manis kenalan di Facebook Sabtu lalu.