awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengguna iPhone 17 Pro lapor isu bunyi 'siulan' semasa mengecas
JKM Sarawak sedia hadapi banjir - Nancy
Zohran Mamdani batal semua arahan eksekutif mantan Datuk Bandar NY
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerap menangis: Tergamak bapa gigit kepala, lambung bayi sampai lebam

Astro Awani
Astro Awani
17/07/2018
05:44 MYT
Kerap menangis: Tergamak bapa gigit kepala, lambung bayi sampai lebam
Suspek juga sering melambung dan menggantung bayi di buaian sehingga jatuh ke lantai. - Sumber foto PDRM
Seorang bapa tergamak menggigit bahagian kepala bayinya berusia 20 hari yang kerap menangis dalam kejadian di Bumbung Lima, Kepala Batas, Pulau Pinang.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, lelaki berusia 34 tahun itu telah menggigit kepala bayi perempuannya sehingga meninggalkan kesan lebam.
Suspek juga sering melambung dan menggantung bayi di buaian sehingga jatuh ke lantai.
Katanya, lelaki berkenaan bertindak demikian kerana bayinya kerap menangis dalam kejadian pada 11 Julai lepas.
Susulan itu, lelaki berkenaan ditahan polis kira kira jam 7.50 malam dalam Ops Cantas di perkarangan Hospital Kepala Batas selepas polis menerima laporan daripada isterinya.
Menurut isterinya, suspek juga dikatakan pernah mengugut mahu menjual bayi tersebut.
Menurut Noorzainy, isterinya membuat laporan kerana bimbang terhadap keselamatan anak - anaknya yang sering dipukul suspek.
Suspek juga didapati positif dadah dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak - Kanak 2001.
Suspek direman hari ini di Mahkamah Butterworth untuk siasatan lanjut.
Topic Berkaitan
#anak
#bapa
#bayi
#keluarga
#keselamatan
#lelaki
#Mahkamah Butterworth
#Ops Cantas
#Seksyen 31 1 Akta Kanak - Kanak 2001
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan