IPOH: Kerenah birokrasi serta kelemahan sistem perkhidmatan agensi terlibat, menyebabkan projek dan program penambahbaikan berkaitan kebajikan golongan miskin tegar dan B40 di Perak terbantut, selain mengalami kelewatan sehingga bertahun lamanya.
Sewaktu sesi perbahasan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini, beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tampil mempersoalkan masalah yang timbul hingga menyebabkan projek seperti rumah mampu milik tidak dimulakan walaupun telah mendapat kelulusan.
Datuk Seri Zambry Abdul Kadir (BN-Pangkor) berkata beliau terkilan kerana usaha membasmi kemiskinan tegar merupakan satu dasar yang baik, namun pelaksanaan melibatkan agensi terlibat seperti tidak dipedulikan.
"Ada kes di kawasan saya, rumah sebuah keluarga ini hampir roboh dan runtuh, saya telah majukan kepada kerajaan serta mendapat kelulusan tetapi pembinaannya masih tiada bayang.
"Kepada pihak bertanggungjawab, kita perlu bekerja sebagai satu pasukan kerana kita sudah ada dasar yang baik tapi pelaksanaannya diambil mudah. Ia memberi kesan kepada kerajaan yang mentadbir hingga merosakkan imej serta persepsi tidak baik," katanya ketika membahaskan Usul Menyembah Ucapan Tahniah Serta Menjunjung Kasih Atas Penzahiran Titah Diraja Sultan Perak.
Senada dengan beliau, Jamilah Zakaria (BN-Trong) yang menyifatkan masalah penyampaian dan perkhidmatan tidak efisien ini menyebabkan timbul persepsi bahawa wakil rakyat hanya bekerja sewaktu menjelang pilihan raya umum (PRU) sahaja, walhal kerenah birokrasi melambatkan permohonan berkaitan isu rakyat.
"Rakyat tanya bila nak siap (projek pembangunan). Adakah perlu tunggu PRU baru ingin mula? Masalah berlaku di pihak pentadbiran, ia patut dibincangkan. Birokrasi tidak masuk akal sampai bertahun lamanya, jadi patut cari jalan penyelesaian dan urus masalah ini hingga selesai. Orang kampung ingat kami tidak buat kerja," katanya.
Teoh Yee Chern (DAP-Astaka) turut berkongsi pengalaman beliau ketika ke sebuah pejabat daerah dan tanah untuk menghantar permohonan tetapi disambut dengan suasana sepi kerana dimaklumkan kebanyakan petugas telah keluar atau tiada walaupun bukan waktu rehat.
Turut bangun mencelah, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim (BEBAS-Titi Serong) yang mahukan bahagian sumber manusia mengisi kekosongan jawatan penting seperti penolong pegawai daerah dengan segera supaya tidak mengganggu kelancaran pelaksanaan program pembangunan rakyat.
"Exco telah luluskan beberapa permohonan, tetapi pejabat daerah dan tanah ambil masa sampai enam bulan untuk melaksanakan kelulusan dengan alasan pegawai terpaksa memangku tugas. Ini menyusahkan rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 29 2022

Zambry terkilan kerana usaha membasmi kemiskinan tegar merupakan satu dasar yang baik, namun pelaksanaan melibatkan agensi terlibat seperti tidak dipedulikan. - Gambar fail

Terbuka Malaysia | Axelsen dalam kelas tersendiri, rangkul gelaran sulung
Pemain Denmark Viktor Axelsen nyata berada pada kelas tersendiri apabila berjaya merangkul gelaran sulung Terbuka Malaysia 2022 selepas menewaskan pemain Jepun, Kento Momota dengan mudah pada final perseorangan lelaki, pada Ahad. Axelsen membuktikan statusnya sebagai pemain nombor satu dunia dan juara Olimpik Tokyo 2020 dengan menumpaskan Momota dalam straight set 21-4, 21-7 untuk melakar gelaran hatrik dalam tempoh sebulan selepas terbuka dan Masters Indonesia.

Bertanding Pemilihan | Saya tak pernah bincang dengan PM - Annuar Musa
Annuar Musa hari ini menafikan spekulasi yang dibuat sesetengah pihak kononya beliau bersama Perdana Menteri merancang untuk bertanding dalam pemilihan UMNO yang akan datang membabitkan kerusi tertinggi kepimpinan parti tersebut. Jelas beliau, setakat ini tiada sebarang perbincangan pernah diadakan berkenaan perkara itu walaupun mengakui pernah mendengar desas desus terbabit.

10 Berita Pilihan - (02 Julai 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 3 Julai 2022.

Vietnam Airlines sambung semula perkhidmatan ke Indonesia
Vietnam Airlines menyambung semula perkhidmatan antara Ho Chi Minh City dan Jakarta, Indonesia pada Sabtu selepas dihentikan beberapa bulan lalu akibat COVID-19.

Banjir Australia | Penduduk New South Wales diarah berpindah
Perkembangan banjir di Australia. Penduduk New South Wales diarahkan untuk berpindah setelah paras air meningkat disebabkan hujan lebat berterusan sehingga menyebabkan banjir di wilayah itu.

Muzium Baharu | The Palace Museum tarikan terbaharu di Hong Kong
Muzium budaya The Palace Di Hong Kong mula dibuka kepada umum pada Ahad. Lebih dari 900 koleksi dipamerkan di muzium ini, termasuk beberapa koleksi peribadi yang pertama kali dipamerkan buat pengunjung.

Nahas Bas | 19 maut dalam kemalangan bas di Pakistan
Nahas bas di Dana Sar, Barat Daya Pakistan meragut 19 nyawa. Menurut kenyataan rasmi kerajaan yang dikeluarkan pada Ahad. Nahas itu turut mencederakan 12 penumpang lain.

Risiko Banjir | Peruntukan lebih RM1 bilion elak risiko banjir, hakisan
Sebanyak RM1.5 hingga RM5 bilion diperuntukkan bagi mengurangkan risiko banjir, pengawalan hakisan pantai, pemuliharaan muara sungai dan pembangunan sungai di Terengganu. Menurut Menteri Alam Sekitar Dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, peruntukan itu diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 membabitkan 21 projek terdiri daripada 20 projek sambungan dan satu projek baharu.

Meninggal Dunia | Tok Mun meninggal dunia
Bekas calon bebas Pilihanraya Umum (PRU) Ke-12, Maimun Yusof atau lebih dikenali sebagai Tok Mun meninggal dunia di kediamannya di Kampung Sungai Atas Tol, Kuala Terengganu akibat sakit tua pada Ahad. Maimun yang juga calon wanita tertua pada PRU Ke-12 menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 3.30 petang tadi pada usia 103 tahun.

Keciciran murid: Berkahwin, tiada dokumen, antara faktor penyumbang
Antara faktor penyumbang lain adalah kemiskinan, masalah keluarga, masalah kesihatan dan tidak berminat terhadap pelajaran.

Isu kahwin bawah umur: Laksana sesi perbincangan cadang tingkat had umur
Kerajaan negeri menerusi Wanita Perak akan mengadakan sesi perbincangan dan advokasi dengan kerjasama agensi berkaitan.

Perak serius tangani isu kemiskinan haid, PROKiS sasar 2,000 penerima setiap daerah
Program tersebut yang dilancarkan baru-baru ini akan diteruskan ke seluruh daerah di Perak, dengan mensasarkan seramai 2,000 penerima.

Kerenah birokrasi bantutkan program kebajikan miskin tegar, B40 Perak
Zambry terkilan kerana usaha membasmi kemiskinan tegar merupakan satu dasar yang baik, namun pelaksanaan melibatkan agensi terlibat seperti tidak dipedulikan.

DUN Perak: Sudah tiba masa Perak haramkan perkahwinan bawah umur - Kor Ming
Katanya isu pedofilia harus disekat demi masa depan kanak-kanak perempuan di bawah umur 18 tahun.

Perak tambah dana perubatan, bantu lebih ramai golongan memerlukan
Dana Perubatan Warga Emas ditambah 100 peratus tahun ini, menjadikan jumlah peruntukan tahunan RM100,000.

Ambil pengajaran, derita tak cukup air lebih berat - MB Perak
Perak tetap dengan keputusan untuk menjaga kepentingan rakyatnya terlebih dahulu.

Sidang DUN Perak dipendekkan tiga hari- Speaker
Persidangan itu akan bermula pada Isnin hingga Rabu iaitu 28 hingga 30 Mac ini.

Tiada keperluan bubar DUN Perak - Menteri Besar
Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ia berbeza dengan situasi politik di Johor dengan kerajaan yang mempunyai majoriti tipis.

DUN Perak sebulat suara lulus Belanjawan Negeri
DUN Perak hari ini sebulat suara meluluskan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2022 Perak.