awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kereta terbabas ke dalam air banjir, warga emas maut

Bernama
Bernama
12/01/2021
14:09 MYT
Kereta terbabas ke dalam air banjir, warga emas maut
Lelaki itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, dan polis sedang menyiasat punca kematian. - Gambar/ Sinar Harian
JOHOR BAHRU:Seorang lelaki warga emas maut apabila kereta yang dipandu terbabas lalu memasuki kawasan banjir di bahu jalan berdekatan Dusun Panti, Jalan Kota Tinggi-Mersing, petang ini.
Komander Operasi, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi Azman Jantan berkata Pong Song Wook, 64, yang memandu Toyota Camry meninggal dunia dalam kejadian pada kira-kira pukul 4.00 petang.
Katanya 13 anggota dengan tiga jentera bergegas ke lokasi kejadian sejurus selepas menerima panggilan kecemasan, dan Pasukan Keluaran Operasi (PKO) kemudiannya bertindak menarik kereta ke kawasan selamat dengan dibantu orang awam.
Beliau dalam satu kenyataan di sini, berkata lelaki itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, dan polis sedang menyiasat punca kematian.
Sementara itu dalam satu kejadian berasingan, sebatang pokok tumbang dan menghempap bahagian depan dua rumah serta dua kereta dan sebuah motosikal di Jalan Landak Kawan, Taman Abad, dekat sini, pada pukul 1.34 petang tadi.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Larkin Nazarudin Yusof dalam satu kenyataan berkata berkata kejadian itu turut menyebabkan tiga penghuni terperangkap dalam sebuah rumah kerana pokok itu menghalang laluan pintu utama rumah, namun mereka dapat keluar menerusi pintu belakang rumah, dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir johor
#kemalangan
#kereta terbabas
#air banjir
#jalan
#Kota Tinggi
#Mersing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan