awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kereta terjunam dalam tali air, APM selamatkan pemandu

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
04/04/2021
03:11 MYT
Kereta terjunam dalam tali air, APM selamatkan pemandu
Mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dan diserahkan kepada pasukan perubatan untuk menerima rawatan. - Foto ihsan APM
BAGAN DATUK: Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) menyelamatkan seorang pemandu apabila kereta yang dipandunya terjunam lalu terbalik ke dalam tali air di Batu 10, Jalan Teluk Intan-Hutan Melintang, di sini, hari ini.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Bagan Datuk, Kapten Mohd Zaidi Ahmad berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8 pagi ketika tiga anggotanya dalam perjalanan untuk mengambil anggota yang selesai bertugas.
Menurutnya, semasa dalam perjalanan, mereka terserempak dengan satu kemalangan yang melibatkan kenderaan awam terjunam ke dalam tali air dan terbalik.
“Apabila diperiksa, anggota mendapati seorang lelaki dewasa terperangkap di dalam kenderaan tersebut.
“Melihat ada mangsa yg terperangkap, anggota dengan segera cuba menyelamatkan mangsa dengan memecahkan cermin pintu untuk mengeluarkan mangsa kerana semua pintu kenderaan tersebut tidak dapat dibuka,” katanya dalam satu kenyataan.
Mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dan diserahkan kepada pasukan perubatan untuk menerima rawatan.
Topic Berkaitan
#APM
#kereta
#terjunam
#Tali air
#Jalan Teluk Intan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan