MALAYSIA
Kereta terjunam ke tasik, wanita maut manakala anak OKU selamat

Seorang wanita maut selepas kereta yang dipandunya terbabas dan terjunam ke dalam tasik berhampiran bulatan UNIMAS, Kuching. - Foto JBPM
KUCHING: Seorang wanita maut selepas kereta yang dipandu hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam tasik berdekatan bulatan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini pagi tadi.
Ringkasan AI
- Seorang wanita maut selepas keretanya terjunam ke dalam tasik berdekatan bulatan UNIMAS ketika dalam perjalanan dari Desa Ilmu ke SMK Muara Tuang pagi tadi.
- Mangsa dikenali sebagai Nur Shareefah Lusia Abdullah; anaknya, Nur Badrina Saharidan yang juga OKU, terselamat tanpa kecederaan dalam insiden tersebut.
- Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, dengan polis mengesahkan kereta dipercayai hilang kawalan selepas berhenti seketika di tepi kawasan rumput.
"Sebaik tiba di kawasan tasik berdekatan bulatan UNIMAS, kenderaan terbabit dipercayai telah berhenti seketika di tepi jalan di atas kawasan rumput sebelum tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas masuk ke dalam tasik," menurutnya dalam satu kenyataan.
Damataries berkata Nur Shareefah Lusia disahkan meninggal dunia di Pusat Kesihatan Prima UNIMAS pada 11.51 pagi semasa menerima rawatan dan jenazah telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat manakala anaknya, yang juga Orang Kurang Upaya, tidak mengalami sebarang kecederaan.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami