Kerja naik taraf Jalan Kuala Selangor-Kepong dijangka siap 15 Disember - Ramanan

Datuk Seri R Ramanan memaklumkan, JKR Petaling bersama agensi teknikal lain akan terus memantau rapi keadaan permukaan jalan bagi memastikan kualiti akhir benar-benar menepati standard yang ditetapkan. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerja naik taraf jalan di laluan Kuala Selangor-Kepong dijangka siap sepenuhnya 15 Disember 2025.
Ahli Parlimen Sungai Buloh, Datuk Seri R Ramanan memaklumkan, beliau memaklumkan perkembangan terkini daripada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Petaling mengenai aduan penduduk Aman Putri mengenai keadaan turapan jalan di laluan Kuala Selangor-Kepong yang didakwa telah berlarutan sejak tahun 2023.
Beliau dalam satu kenyataan pada Ahad berkata, tanggungjawab tidak terhenti setakat menyiapkan kerja semata-mata kerana pemantauan rapi akan diteruskan selepas pembaikan selesai bagi memastikan kualiti akhir menepati piawaian yang ditetapkan.
"Sejak aduan diterima, pihak Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (AIS) dan Sime Darby Property Berhad (SDP) telah melaksanakan kerja-kerja mill and pave (dikikis dan diturap) mengikut spesifikasi yang ditetapkan JKR Petaling.
"Beberapa lokasi kritikal telah pun dibaik pulih, manakala kawasan berbaki di sekitar Aman Putri termasuk berhampiran Petron dan persimpangan lampu isyarat dijangka siap dalam masa terdekat ini," katanya.
Tambah beliau, dengan siapnya pemasangan paip, kerja ujian tekanan oleh Air Selangor serta pemasangan kabel Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada 1 Disember yang lalu, semua kerja pembaikan kini dapat dijalankan dengan lebih teratur dan lancar
Tambah beliau, selepas proses pembaikan selesai, JKR Petaling bersama agensi teknikal lain akan terus memantau rapi keadaan permukaan jalan bagi memastikan kualiti akhir benar-benar menepati standard yang ditetapkan.
Beliau menegaskan sekiranya terdapat kecacatan selepas siap, kontraktor bertanggungjawab akan diarahkan melakukan pembaikan segera tanpa kompromi.
Menurut Ramanan, sejak aduan diterima, pihak Air Selangor Sdn. Bhd. (AIS) dan Sime Darby Property Berhad (SDP) telah melaksanakan kerja-kerja mill and pave mengikut spesifikasi JKR Petaling.
"Beberapa lokasi kritikal telah dibaik pulih, manakala kawasan berbaki di sekitar Aman Putri termasuk berhampiran Petron dan persimpangan lampu isyarat dijangka siap dalam masa terdekat," katanya.
Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras, Datuk Ab Halim Tamuri memaklumkan, kerja-kerja menurap semula jalan yang rosak akibat kerja utiliti di kawasan Paya Jaras akan dilaksanakan secara berfasa bermula bulan ini.
Beliau berkata, perkara itu telah dibangkitkan dalam sidang Dewan Negeri Selangor pada Isnin lalu dan JKR telah memberi maklum balas serta mengeluarkan surat khas berhubung pelaksanaan kerja tersebut.
Menurut beliau, pemilihan kontraktor bagi kerja-kerja berkaitan bukan dilakukan oleh JKR, sebaliknya oleh pihak utiliti seperti Air Selangor, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Sime Darby, manakala JKR hanya memberi keizinan.
Beliau turut menegaskan agar pihak berkaitan segera menyelesaikan isu berkenaan demi keselesaan penduduk dan mengelakkan aduan berulang.
Semalam, sekitar 30 penduduk Aman Putri berkumpul menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap keadaan turapan jalan yang turut menjadi laluan utama yang menghubungkan Paya Jaras ke Bukit Darah dilaporkan rosak teruk sejak 2023.
Penduduk turut menuntut tindakan segera daripada pihak berkuasa untuk memastikan kontraktor harus bertanggungjawab dan kerja jalan dipantau dengan teliti oleh pihak berkuasa bagi memastikan ia selamat digunakan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


