awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerjasama dengan musuh: Pandangan Najib tidak wakili akar umbi

Astro Awani
Astro Awani
24/02/2021
10:14 MYT
Kerjasama dengan musuh: Pandangan Najib tidak wakili akar umbi
Mohd Alfie berkata UMNO perlu segera mengadakan pemilihan parti sebelum pilihan raya berlangsung.
SUBANG JAYA: Pandangan Datuk Seri Najib Razak berkaitan kerjasama dengan musuh UMNO tidak mewakili akar umbi namun sedikit sebanyak mampu mempengaruhi golongan itu memandangkan beliau adalah bekas Presiden UMNO.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Subang, Mohd Alfie Zainal Abidin berkata, kenyataan Najib itu adalah pandangan peribadi.
Begitupun, katanya beliau yakin akar umbi pasti akan patuh dan hormat kepada keputusan akhir parti.
Tegasnya, paling utama sekarang adalah UMNO perlu segera mengadakan pemilihan parti sebelum pilihan raya berlangsung bagi menentukan suara sebenar parti.
"Amat penting untuk kita mengadakan pemilihan secepat mungkin sebelum pilihan raya kerana kepimpinan itulah yang bakal membawa suara sebenar akar umbi.
"Lebih lama kita tangguh lebih banyak kerosakan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin yang mendakwa membawa suara sebenar akar umbi.
"Kepada akar umbi, pemilihan ialah tempat sebenar untuk mereka menghumban pemimpin yang mereka rasa tidak mewakili pandangan mereka demi masa depan parti," katanya kepada Astro AWANI.
Tambahnya, UMNO, Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) harus mencari titik persamaan dengan segera.
"Pandangan saya tidak salah jika UMNO untuk meneroka sebarang strategi termasuk untuk berkerjasama dengan musuh jika Bersatu masih terus menekan dan membuli UMNO dan ingin melemahkan parti.
"(UMNO, Pas, Bersatu) Cari titik persamaan jika mereka benar-benar ikhlas ingin melihat kerajaan Melayu Islam terbesar dalam sejarah terus menerajui kerajaan demi kesejahteraan negara," ujarnya.
Astro AWANI sebelum ini melaporkan Najib sebagai berkata, tidak mustahil UMNO boleh bekerjasama dengan pihak atau parti yang telah dilabel sebagai ‘musuh’ politik, seperti DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Kata Ahli Parlimen Pekan itu, parti yang pernah beliau pimpin selama sembilan tahun itu sememangnya mengamalkan pendirian terbuka kepada semua pilihan.
Begitupun tegasnya, ia haruslah mendapat persetujuan pemimpin dan akar umbi.
Topic Berkaitan
#Pakatan Harapan
#Parti Keadilan Rakyat
#Parlimen
#Pemuda UMNO
#PPBM
#Najib Razak
#pemuda
#pemilihan
#politik
#PAS
#DAP
#kerjasama
#musuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan