KUALA LUMPUR: Tiga bahagian Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) menyeru kerjasama dwipartisan bagi membantu negara membangunkan dasar yang sesuai dan holistik mengenai pengurusan pelarian.
KRPPM - Polisi Pelarian di Malaysia, KRPPM - Memperbaharui Penjara dan Tempat Tahanan, dan KRPPM - Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) menerusi satu kenyataan turut meminta respons dan pemulihan kesihatan COVID-19 yang adil dan inklusif untuk kebaikan semua.
"Peranan Ahli Parlimen daripada semua parti politik sangat penting dalam menerajui dialog dwipartisan yang serius berpandukan data dan fakta untuk pembangunan dasar pelarian komprehensif yang holistik dan berdasarkan kepentingan semua orang di Malaysia.
"Kita harus mengutamakan rakyat dan bukannya politik demi kepentingan negara dan kemanusiaan," menurut tiga KRPPM itu bersempena Hari Pelarian Sedunia.
Kenyataan itu juga menyatakan pembentukan dasar pelarian domestik memerlukan komitmen merentas parti untuk menilai keadaan secara objektif dan menentukan pilihan dasar terbaik mengenai pengurusan pelarian di Malaysia.
Jelasnya, proses itu perlu mempertimbangkan konteks pembangunan unik Malaysia, keperluan kemanusiaan pelarian, sumber dan kapasiti, serta peranan negara dalam perkongsian tanggungjawab serantau.
"Ia harus melibatkan pelbagai pihak berkepentingan termasuk agensi kerajaan, Ahli Parlimen, badan bukan kerajaan (NGO), sektor swasta serta pemimpin masyarakat tempatan dan pelarian," menurut kenyataan itu pada Ahad.
Kenyataan itu menyebut, pembangunan dasar pelarian domestik juga harus mengambil kira cabaran semasa dalam mengawal penularan wabak COVID-19 dan mempercepat pemulihan kesihatan awam, ekonomi dan sosial.
Memuji tindakan kerajaan kerana bersetuju memberi vaksin kepada pelarian dan migran, kenyataan itu juga menyatakan keperluan untuk mewujudkan persekitaran yang membolehkan pelarian tampil untuk ujian dan vaksinasi tanpa rasa takut ditahan dan ditangkap.
Menurutnya, memandangkan pelarian berada di Malaysia untuk sementara waktu, adalah penting untuk berusaha mencapai dasar yang membolehkan hak asasi sebelum mereka ditempatkan ke negara ketiga atau kembali ke negara asal mereka dengan selamat dan sukarela apabila keadaan sudah aman.
"Langkah-langkah konkrit untuk membangunkan dasar pelarian juga akan menunjukkan komitmen berterusan Malaysia terhadap hak asasi manusia dan menyokong pencalonan Malaysia untuk mendapat tempat dalam Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk tempoh 2022-2024.
"Kurangnya dokumentasi undang-undang, akses kepada mata pencarian, pendidikan dan penjagaan kesihatan, serta risiko penangkapan dan penahanan yang berterusan terhadap pelarian menyebabkan golongan itu berada dalam kemiskinan dan peminggiran, yang menyekat kemajuan Malaysia untuk mencapai Matlamat Pembangunan Lestari dan objektif Agenda 2030 iaitu tidak meminggirkan sesiapa pun," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 20 2021
KRPPM berkata, pembangunan dasar pelarian juga harus mengambil kira cabaran semasa dalam mengawal penularan wabak COVID-19 dan mempercepat pemulihan kesihatan awam, ekonomi dan sosial. - Foto fail/REUTERS
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Kerjasama diperlukan untuk dasar pelarian yang sesuai, holistik di Malaysia
Tiga bahagian Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) menyeru kerjasama dwipartisan bagi membantu negara membangunkan dasar yang sesuai dan holistik mengenai pengurusan pelarian.