BRUSSELS: Malaysia dan rakyatnya harus bekerjasama erat untuk mempertahankan khususnya minyak sawit dan produk komoditi pertanian negara secara amnya daripada peraturan-peraturan yang tidak adil, kata Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Fadillah Yusof.
"Kita semua mesti berdiri megah, terbang tinggi dan bangga dengan komoditi dan komoditi pertanian Malaysia sendiri. Melangkah ke hadapan, kita semua perlu bekerjasama erat secara strategik di peringkat global.
"Adalah dengan harapan ikhlas saya, diaspora Malaysia di sini di Brussel dan semua yang berada di seluruh dunia boleh menjadi duta untuk mempromosikan dan berkongsi mahlumat yang betul mengenai produk komoditi pertanian kita," katanya.
Fadillah berkata demikian semasa majlis makan tengah hari bersama diaspora Malaysia di Brussels, yang merupakan ibu kota Kesatuan Eropah (EU) dan menempatkan sebilangan institusi EU termasuk pentadbiran-perundangan, eksekutif-politik dan cawangan perundangan.
Rakyat Malaysia perlu terus berkongsi dan mempromosi manfaat kesihatan minyak sawit negara yang mampan, satu sumber "tocotrienols" yang sangat baik, sebahagian daripada vitamin E dengan antioksida yang kuat untuki mengekalkan sistem imun yang sihat, baik untuk kesihatan otak dan membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
"Untuk menyerlah dalam perjuangan ini, kita memerlukan lebih daripada kata-kata," kata beliau.
Selain minyak sawit, ada banyak lagi cerita kejayaan lain-lain komoditi negara.
"Biji koko kita adalah juara, memenangi anugerah di peringkat antarabangsa selama beberapa tahun kerana kualiti dan rasanya dan kita perlukan anda untuk menyampaikan ketulenan Lada Sarawak kita yang terkenal dan dianugerahkan dengan status "Geographical Indication (GI)" untuk tempat spesifik asal dengan maklumat terperinci kualiti lada itu.
Justeru, saya ingin menggalakkan setiap daripada kamu untuk secara aktif mempromosikan khazanah kita ini di bumi Brussels dan seluruh dunia.
Fadillah ke Kesatuan Eropah untuk menyertai misi bersama dengan Kerajaan Indonesia di bawah Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC).
Pada 9 Feb 2023 di Jakarta, Fadillah dan Menteri Koordinator Bidang Perekonomian Indonesia Dr Airlangga Hartarto bersama-sama bersetuju untuk mempertahankan kepentingan sektor minyak sawit dengan mengukuhkan usaha dalam menangani diskriminasi terhadap mintyak sawit.
Ini sebagai respons kepada pelaksanaan Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR) yang diumumkan EU pada 6 Dis 2022 yang menyasarkan untuk mencegah pembasmian hutan kerana aktiviti pertanian.
Turut serta dalam lawatan sulung beliau ke Eropah ialah Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Mohamed Helmy Othman Basha, Pengerusi Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) Datuk Carl Bek-Nielsen, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak Datuk Len Talif Salleh. Turut hadir Duta Besar Malaysia ke Belgium Datuk Ahmad Rozian Abd Ghani.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 29 2023
Fadillah ke Kesatuan Eropah untuk menyertai misi bersama dengan Kerajaan Indonesia di CPOPC. - Gambar Bernama
IPEF: Lebih AS$23 bilion potensi projek dikenal pasti - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata perjanjian itu mewujudkan mekanisme baharu untuk rakan kongsi IPEF membangunkan serta menyertai Program Kerja Bersama (CWP).
Jodoh Cheng Hoe bersama kelab Thailand berakhir
Kelab itu dilaporkan mahu mencari pengendali tempatan, menyaksikan jodoh Cheng Hoe bersamanya hanya bertahan kira-kira separuh musim sahaja.
Sekretariat ASEAN sedia sokong sepenuhnya Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN
Malaysia akan mengambil alih jawatan Pengerusi ASEAN daripada Laos tahun depan.
Doktor ditahan dipercayai terbabit kes cabul remaja perempuan
Mangsa mengatakan telah diganggu secara seksual oleh seorang lelaki dipercayai doktor semasa mendapatkan rawatan di hospital.
Lelaki tempatan lemas tergelincir ketika memancing di Kampung Padang Jawa
Mayat mangsa dijumpai oleh anggota bomba dan penyelamat Seksyen 15 dalam jarak 15 meter dari lokasi kejadian pada jam 7.15 malam.
Terbuka Indonesia: Zii Jia tempah tiket suku akhir bertemu Kunlavut
Pada aksi di Istora Senayan itu, Zii Jia diberi tentangan hebat sebelum terpaksa akur tewas 20-22 di set pertama.
Malaysia raih manfaat daripada enam dekad pelaburan Jepun - Johari
Johari yang mengetuai delegasi Parlimen Malaysia dalam rangka lawatan rasmi lima hari ke Negara Matahari Terbit bermula Isnin.
PM Anwar mahu bank digital bantu tingkatkan transaksi e-pembayaran
Beliau berkata terdapat peningkatan transaksi e-pembayaran sejak 2011 namun angkanya dilihat masih rendah.
Hujan lebat: Dua daerah di Perak dilanda banjir kilat
Banjir kilat itu turut menyebabkan beberapa buah rumah terjejas teruk dan dinaiki air.
Malaysia seri 1-1 dengan Kyrgyzstan pada kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027
Malaysia seri 1-1 dengan Kyrgyzstan pada aksi Kumpulan D pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Bishkek.
EU kecam Israel langgar keputusan ICJ
Joseph Borrell mengecam keras Israel yang bertindak meneruskan serangan ketenteraan di selatan Gaza melanggar keputusan ICJ.
Ireland umum iktiraf negara Palestin
Pengumuman itu dijangka akan dibuat serentak dengan beberapa negara anggota Kesatuan Eropah (EU) lain iaitu Sepanyol, Slovenia dan Malta.
Peraturan EU yang lebih ketat mengenai eksport sisa kepada bukan negara EU berkuat kuasa Isnin
Peraturan yang lebih ketat mengenai eksport sisa dari Kesatuan Eropah (EU) ke negara bukan EU akan berkuat kuasa pada Isnin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
AstraZeneca tarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, berbulan selepas sedar ada kesan sampingan
Vaksin itu tidak lagi boleh digunakan di EU selepas syarikat itu secara sukarela menarik balik "kebenaran pemasarannya."
MSPO mampu penuhi permintaan EUDR, kata pakar
Panel pakar pensijilan yang dipanggil oleh MPOC telah menilai keupayaan pensijilan MSPO sebagai instrumen untuk memastikan pematuhan kepada EUDR.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia saling tidak percaya akibat kebergantungan dipersenjatakan - Naib Presiden Suruhanjaya Eropah
Fenomena hilang kepercayaan yang melanda komuniti antarabangsa ketika ini adalah akibat kebergantungan yang dipersenjatakan oleh beberapa pihak.
Kerajaan serius selesaikan isu industri minyak sawit - Johari
Kerajaan serius dalam usaha meleraikan isu membabitkan industri minyak sawit negara yang boleh memberi impak sekiranya tidak ditangani.
Kerajaan rangka hala tuju beri lebih banyak perlindungan kepada kanak-kanak
Kerajaan akan merangka hala tuju bagi memberikan lebih banyak perlindungan dari segi undang-undang kepada kanak-kanak di negara ini.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Serangan dron Iran ke atas Israel ialah permulaan perang baharu - Pakar
Pelancaran serangan dron Iran ke atas Israel, jelas permulaan kepada sebuah perang yang baharu.