awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerjasama Persekutuan dan negeri diperlukan bagi jayakan HAWANA 2024

Bernama
Bernama
23/02/2024
20:50 MYT
Kerjasama Persekutuan dan negeri diperlukan bagi jayakan HAWANA 2024
Nur-ul Afida (lima, kanan) semasa melawat stesen TV Sarawak di Kuching, 23 Feb 2024. --fotoBERNAMA
KUCHING: Kerjasama erat peringkat Persekutuan dan agensi negeri diperlukan bagi menjayakan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024, yang bakal berlangsung di bandar raya ini pada penghujung Mei.
Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang menjalankan tugas dan tanggungjawab Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Nur-ul Afida Kamaludin berkata Bernama selaku sekretariat HAWANA 2024, sedang memperhalusi pengisian program bersama pihak negeri sempena sambutan berkenaan.
"Sebagai contoh, dalam perbincangan pihak kami dengan stesen televisyen milik kerajaan Sarawak TV Sarawak (TVS), mereka bersetuju untuk membantu dari segi publisiti berkaitan HAWANA 2024.
"Bernama selaku agensi pelaksana HAWANA, kami mengharapkan sokongan dan kerjasama di peringkat negeri, bagi sama-sama kita jayakan program ini," katanya ketika ditemui semasa membuat lawatan ke ibu pejabat TVS semalam.
Turut hadir Timbalan Ketua Pengarang (Perkhidmatan Berita) Bernama Arul Rajoo Durar Raj, Ketua Pegawai Media TVS Mohamad Sardon Zainal dan Ketua Biro Bernama Sarawak Hamdan Ismail.
Terdahulu, Nur-ul Afida dan sekretariat HAWANA 2024 mengadakan lawatan ke syarikat akhbar tempatan The Borneo Post, serta syarikat minyak dan gas Malaysia milik kerajaan Sarawak, Petroleum Sarawak Berhad (Petros) bertujuan mempromosikan program itu.
HAWANA 2024 dijadualkan berlangsung bermula pada 25 Mei sehingga ke acara kemuncak pada 27 Mei, serta bakal dihadiri lebih 500 wartawan dari dalam dan luar negeri.
Program yang memasuki edisi keempat itu, akan dimeriahkan lagi dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#HAWANA 2024
#Nur-ul Afida Kamaludin
#wartawan
#kerajaan negeri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan