awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan MADANI terus komited pacu kesejahteraan rakyat Sarawak - PM Anwar
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerjasama rentas agensi tangani ekstremisme - Fahmi

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
28/11/2023
15:04 MYT
Kerjasama rentas agensi tangani ekstremisme - Fahmi
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil ketika berucap pada Majlis Penutup Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 hari ini. - Foto BERNAMA
BANGI: Semua agensi dan kementerian harus bekerjasama dan mengambil langkah segera dalam menangani ekstremisme dalam masyarakat.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dilihat membimbangkan, terutama dengan insiden yang berlaku termasuk remaja yang cuba menikam seorang pemandu e-hailing baru-baru ini.
"Lebih merisaukan dengan trend, terjelma apa yang disebut sebagai ekstremisme yang membimbangkan.
"Beberapa insiden seakan-akan memerlukan kita meneliti sama ada perlu intervensi mendalam termasuk episod viral baru-baru ini, seorang anak muda cuba menikam pemandu Grab.
"Ini agak merisaukan, jadi saya pohon kerjasama semua pihak sama ada Kementerian Komunikasi dan Digital, merentasi kementerian dan agensi untuk melipat ganda usaha, meredakan keadaan dan memastikan semua pihak faham dan patuh undang-undang serta tak ambil tindakan di luar batas undang-undang," jelasnya.
Tambahnya, Dasar Perpaduan Negara sudah tersedia dalam memupuk pemahaman dan semangat penyatuan, dan ia harus terus disuburkan.
Ini selari dengan apa yang termaktub dalam Rukun Negara, yang merupakan kunci keharmonian dan kestabilan negara.
Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Perasmian Penutupan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023, pada Selasa.
Topic Berkaitan
#Fahmi Fadzil
#perpaduan
#ekstremisme
#Kementerian Komunikasi dan Digital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan