KUALA LUMPUR:Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melaksanakan inisiatif kerjasama rentas kementerian yang bertujuan membimbing dan memberi sokongan kepada golongan belia dalam aspek keusahawanan.
Ia menawarkan pelbagai manfaat kepada belia menerusi perancangan holistik bersama kementerian dan agensi berkaitan dan menjadi platform pelengkap kepada usaha membantu golongan belia berniaga.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, KBS adalah antara 14 kementerian terbabit yang melaksanakan program keusahawanan bagi memberi bimbingan dan sokongan strategik kepada belia dalam ekosistem ekonomi pasca COVID-19.
"Dalam usaha membantu melonjakkan ekonomi belia berniaga, pelbagai inisiatif diusahakan, antaranya Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), Pakej PRIHATIN PKS Tambahan, Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan Pakej KITA Prihatin.
"Seramai 308,668 belia berniaga mendapat manfaat membabitkan peruntukan lebih RM1.1 bilion.
"Ini adalah inisiatif tambahan kepada pelbagai strategi dan langkah yang diterajui kementerian dan agensi kerajaan lain untuk membantu melonjakkan semula sektor perniagaan, termasuk dalam kalangan belia berniaga," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pada Isnin, Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul membangkitkan isu tersebut dalam soalan tambahan pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, bertanya peranan KBS membantu golongan belia berniaga dan terjejas akibat COVID-19.
Reezal menjelaskan, antara pihak yang terbabit dalam kolaborasi antara kementerian tersebut adalah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB).
"Kerjasama antara KBS dan MEDAC melahirkan Program Pencetus Usahawan iaitu program di bawah Kerjasama Strategik dilaksanakan dengan kerjasama Institut Keusahawanan Negara (INSKEN).
"Kira-kira 300 pegawai KBS akan menjalani latihan pembangunan keusahawanan di INSKEN bagi mengembangkan kapasiti dan kemampuan pegawai bagi membantu usahawan belia.
"Kerjasama KBS dengan KKMM pula menghasilkan program myGIG bertujuan menyokong pembabitan belia dalam ekonomi digital. Sehingga kini, hampir 2,000 belia mendapat manfaat melalui bantuan perkakasan, latihan serta kemahiran yang diperlukan," ujarnya.
Kata Reezal lagi, program Pembangunan Usahawan Anak Muda Kota bersama KWP menyediakan kiosk atau ruang niaga untuk 1,000 usahawan di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya.
"Hampir 80 peratus daripada permohonan diterima adalah daripada golongan belia. Program ini masih dalam fasa akhir bagi pemilihan usahawan.
"Selain itu, program KBS bersama PUNB bakal menjadi landasan membantu golongan belia berniaga, sekali gus meningkatkan potensi diri serta mengoptimumkan perkembangan ekonomi.
"Kerjasama dijalankan dengan Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah bagi program Business Consultation dapat memberi fokus terhadap bimbingan usahawan belia mengembangkan perniagaan," jelasnya.
Tambahnya, program keusahawanan dipelopori KBS tetap diteruskan termasuk kursus teknikal belia tani dan inisiatif TVETPRENEUR di Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS).
Selain itu, terdapat juga inisiatif Bisnes Orang Muda yang membabitkan program pembangunan kapasiti merangkumi kursus pendek dikendalikan pakar industri dan setakat ini menarik minat lebih 1,443 belia.
Astro Awani
Tue Nov 03 2020

REEZAL: Seramai 308,668 belia berniaga mendapat manfaat daripada pelbagai inisiatif KBS membabitkan peruntukan lebih RM1.1 bilion. - Gambar fail

AWANI Ringkas: Darurat tidak jejas keyakinan pelabur - Azmin | Rampasan dadah terbesar di Johor

10 kluster baharu COVID-19 dikesan hari ini - Dr Noor Hisham
Dua kluster dikesan masing-masing di Selangor, Sabah dan Kuala Lumpur, sementara masing-masing satu kluster di Labuan, Melaka, Pahang dan Johor.
![[INFOGRAFIK] Trend kes harian COVID-19 Malaysia [INFOGRAFIK] Trend kes harian COVID-19 Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/28601283401610881216765/1885968_8967789641610881443193_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Trend kes harian COVID-19 Malaysia
![[INFOGRAFIK] Kajian Astro AWANI terhadap peniaga di negeri PKP [INFOGRAFIK] Kajian Astro AWANI terhadap peniaga di negeri PKP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/3422288831610881216776/1885967_8967789641610881305011_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Kajian Astro AWANI terhadap peniaga di negeri PKP

"Berita palsu lagi!" - Dr Noor Hisham
Foto yang tular di media sosial kononnya jangkitan COVID-19 hari ini mencecah 5,122 kes adalah palsu.

Heret kerajaan ke mahkamah, Anwar terus main politik, lupa agenda rakyat - Wan Saiful
Wan Saiful berkata, niat merampas kuasa masih diteruskan, berbanding menumpukan usaha bantu rakyat yang berdepan isu banjir dan COVID-19.

MB Kedah disahkan negatif COVID-19
Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor disahkan negatif selepas menjalani ujian saringan COVID11-19.

Ais krim di China dijangkiti COVID-19
Sebanyak 65 kotak ais krim berkenaan telah dijual.

COVID-19: 3,339 jangkitan baharu, kes aktif kini hampiri 38,000
Dengan pertambahan kes baharu itu, ia menjadikan sejumlah 37,782 kes aktif kini sedang mendapatkan rawatan.

COVID-19: Kerajaan disaran rangka pelan jangka panjang pasca PKP
Kerajaan disarankan agar tidak terlalu bergantung kepada penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada.

Potong gaji, elaun wakil rakyat secara sukarela, tidak perlu usul - Shahidan Kassim
Pemotongan gaji atau elaun antara 10 hingga 20 peratus itu boleh dibuat secara sukarela dan kesedaran setiap ahli bagi membantu rakyat.

Proklamasi Darurat: Parlimen Malaysia teruskan proses semak, imbang - Azhar Azizan
Parlimen Malaysia akan terus menjalankan fungsinya di dalam proses semak dan imbang sebagai institusi unggul badan perundangan negara, kata Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.

Dari sudut perundangan, kerajaan PN masih lagi sah, teguh - Pakar Perlembagaan
Dari sudut perundangan, kerajaan Perikatan Nasional pimpinan perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat masih lagi sah dan berdiri teguh.

Hilang majoriti: Sidang Khas Dewan Rakyat boleh dipanggil - Pakar Perlembagaan
Ketika ini Muhyiddin memiliki 110 sokongan ahli Parlimen selepas Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub menyatakan tidak lagi menyokong Ahli Parlimen Pagoh itu.

Kerajaan Muhyiddin masih sah, UMNO perlu tentukan benarkan ahli tarik sokongan - Penganalisis
UMNO perlu menentukan adakah parti itu membenarkan ahlinya menarik sokongan sebegitu sahaja, atau ia perlu dibuat secara 'en bloc'.

Terbit kad laporan Ahli Parlimen perlu jadi budaya
Budaya politik ketika ini hanya melihat tanggungjawab seseorang ahli politik itu adalah kepada parti yang disertai dan bukannya penduduk di kawasan yang diwakili.

"Pi baliklah" - Ulas Tun Mahathir sinis mengenai dakwaan Anwar
Tun Mahathir berkata, Anwar sendiri yang menolak bulat-bulat tawarannya untuk kembali mengukuhkan PH selepas dijatuhkan dari Putrajaya.

Azhar, Azalina kekal sebagai Speaker, Timbalan Speaker Dewan Rakyat
Datuk Ahmad Kamal membenarkan permohonan Azhar, Azalina dan dua yang lain untuk membatalkan saman pemula yang dikemukakan Dr Mahathir.

MAQIS harap Akta 728 dapat dipinda bagi perluas skop penguatkuasaan
Pindaan mendapat kelulusan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dan sedang dalam proses penelitian daripada aspek perundangan oleh Jabatan Peguam Negara.

Tarik sokongan terhadap PN, sekarang masa paling sesuai - Mahfuz
Sekarang difikirkan masa terbaik kerana semua pihak harus mengelak daripada berlakunya pilihan raya tatkala kes COVID-19 masih tidak menentu.