Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 19 November 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 19 November 2025.
Universiti Malaya (UM) mengekalkan kedudukan sebagai universiti terbaik di Malaysia untuk tahun ketiga berturut-turut dalam Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings: Sustainability 2026.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan membuat semakan lanjut berhubung kejadian kehilangan sebuah kapal nelayan Sandakan bersama tiga kru sejak Oktober lalu.
Malaysia menegaskan hak kedaulatannya dalam industri unsur nadir bumi (REE) walaupun terdapat beberapa perjanjian telah ditandatangani di peringkat antarabangsa.
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menegaskan bahawa sistem pendidikan negara perlu melalui pembaharuan menyeluruh dengan memberi tumpuan kepada aspek kemanusiaan, moral, kawalan emosi dan kesedaran undang-undang dalam kalangan pelajar.
Kerajaan MADANI terus memperlihatkan komitmen kukuh dalam menangani isu kekurangan guru dengan mencapai kadar pengisian lebih 98 peratus bagi penempatan cikgu di seluruh negara.
Pembayar cukai diingatkan bahawa setiap rayuan terhadap taksiran cukai hanya sah sekiranya dikemukakan menggunakan Borang Q dalam tempoh 30 hari daripada tarikh notis dikeluarkan.
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun menoreh belakang badan dan lengan kiri bapanya menggunakan pisau dipercayai kerana berang ditegur tidak hadir sekolah, pada Isnin lepas.
Garis panduan dan syarat lengkap bagi aktiviti mendulang emas di Kelantan akan diumumkan selepas dibentangkan dalam mesyuarat exco kerajaan negeri yang akan datang, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.
Jabatan Perikanan Kedah mengesahkan kehadiran ubur-ubur kotak atau box jellyfish di perairan Langkawi yang dilaporkan sejak beberapa hari lepas.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan berbincang dengan rakan sejawatnya Dr Abiy Ahmed Ali tentang langkah-langkah yang perlu diambil untuk mempermudah dan mempercepat kerjasama ekonomi antara Malaysia dan Ethiopia.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


