awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kertas kerja penyelarasan teksi, Uber dan Grabcar dijangka siap hujung tahun

Bernama
Bernama
01/07/2016
10:58 MYT
Kertas kerja penyelarasan teksi, Uber dan Grabcar dijangka siap hujung tahun
SYED HAMID: Proses penyelarasan itu melibatkan jangka masa panjang kerana perlu melalui banyak peringkat penilaian dengan penglibatan banyak pihak. -Gambar fail
Kertas kerja untuk menyelaraskan perkhidmatan Uber, Grabcar dan teksi dijangka dimuktamadkan sebelum akhir tahun ini, kata Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar.
Beliau berkata kertas kerja itu kini dalam peringkat penilaian sebelum dibawa ke Kabinet.
Katanya proses penyelarasan itu melibatkan jangka masa panjang kerana perlu melalui banyak peringkat penilaian dengan penglibatan banyak pihak.
"Proses ini melibatkan perubahan undang-undang oleh itu kita perlu meneliti secara terperinci," katanya ketika membuat tinjauan di Terminal Bersepadu Selatan bersempena Hari Raya Aidilfitri, di sini hari ini.
SPAD dalam cadangan Program Transformasi Industri Teksi yang dikemukakan kepada kerajaan baru-baru ini antara lain menjelaskan tentang perlunya membenarkan dari segi undang-undang perkhidmatan Uber dan GrabCar serta menyamaratakan medan persaingan untuk pemandu teksi.
Dalam pada itu, Syed Hamid turut menasihatkan pemandu teksi komersial, Uber dan Grabcar supaya tidak mengambil tindakan sendiri di luar batas undang-undang.
"Kami berharap semua pihak bertenang dan janganlah provoke antara satu sama lain, sehingga isu ini diselesaikan," katanya.
Baru-baru ini beberapa kes pergaduhan melibatkan pemandu teksi dan pemandu Uber dan GrabCar dilaporkan, dengan terbaharu kejadian pemandu GrabCar diserang dan kenderaannya dirosakkan ketika mengambil penumpang di MidValley.
Topic Berkaitan
#GrabCar
#SPAD
#Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat
#Syed Hamid Albar
#teksi
#Uber
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan