KUALA LUMPUR : Proses perbincangan mengenai Kertas Putih Kesihatan dijangka mengambil masa selama empat bulan sebelum dibentangkan di Parlimen.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pada masa sama, beliau sudah melantik sebuah majlis penasihat bagi membantu proses libat urus sepanjang perbincangan dilakukan.
Proses berkenaan termasuk sesi libat urus yang dilakukan antara pihak-pihak berkepentingan seperti di peringkat negeri, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan agensi swasta.
"Proses ini akan mengambil masa bermula September, Oktober, November dan Disember, iaitu selama empat bulan sebelum kita bentang di Dewan Rakyat.
"Saya akan minta supaya dibentangkan di penghujung persidangan Dewan Rakyat supaya dapat dilakukan sesi libat urus dalam masa empat bulan itu.
"Banyak kita sudah mula, cuma nak bawa ke lapangan dan libat urus ke peringkat negeri, NGO, swasta.
"Saya (juga) telah lantik sebuah majlis penasihat yang dipengerusikan oleh bekas Menteri Kesihatan, Tan Sri Dr Subramaniam, dan bekas CEO KWSP Tan Sri Shahril Ridza Ridzuan, bagi membantu saya dalam libat urus," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Persidangan Kemuncak Dasar Kesihatan 2022 bertemakan "Masa Hadapan Perkhidmatan Kesihatan Melalui Pembangunan Kertas Putih Kesihatan" di sini pada Selasa.
BACA: Pembangunan Kertas Putih Kesihatan tepat pada masanya - PM
Tambahnya, Kertas Putih Kesihatan itu adalah pernyataan dasar yang penting setiap kali sebuah kerajaan memperkenalkan suatu perubahan dasar besar.
Ia perlu dibentangkan di Parlimen supaya perubahan dasar itu dapat dibahas, dibincang dan disokong semua yang terlibat dalam sistem politik.
"Saya pasti akan ada perbezaan pendapat, tetapi saya yakin bahawa ia untuk masa depan kesihatan kita sekurang-kurangnya perlu ada persetujuan asas tentang kedudukan kesihatan terkini.
"(Perkara) ini terdedah semasa pandemik iaitu sistem kesihatan yang tidak dapat menampung permintaan dan cabaran yang sedia ada," ujarnya.
Dalam masa sama katanya, melalui Kertas Putih Kesihatan itu, KKM mahu memastikan, 10 juta rakyat akan kekal sihat dalam masa 10 tahun akan datang.
"Kualiti perkhidmatan apakah diperlukan untuk pastikan 10 juta rakyat kekal sihat dalam 10 tahun. Maksudnya... tidak akan masuk hospital. Jadi kita nak ada sistem perkhidmatan dan pencegahan supaya rakyat kita sihat dalam 10 tahun.
"Melalui perkiraan kita, sejuta rakyat kita sakit setiap tahun due to many condition, jadi kita nak 10 juta sihat dalam 10 tahun," ujarnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Khairy telah meminta Kementerian Kewangan menyediakan peruntukan yang lebih tinggi daripada tahun 2022 untuk kementeriannya bagi Bajet 2023.
Jelasnya, perbincangan lanjut dengan Menteri Kewangan akan dilakukan pada hujung bulan ini.
"Kami telah meminta Kementerian Kewangan agar peruntukan untuk tahun 2023 semestinya tidak kurang daripada 2022.
"Kami memohon peningkatan yang baik berdasarkan beban penjagaan kesihatan yang kami hadapi, pasca-COVID, kes-kes tertunggak dan sebagainya.
"Tahun 2022 adalah tahun penting bagi kami kerana tahun ini kami menambah bilangan hospital paling banyak. Ia termasuk jumlah hospital yang akan dipindahkan dan dibuka tahun ini," katanya lagi.
Rahimah Abdullah
Tue Aug 16 2022

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sudah melantik sebuah majlis penasihat bagi membantu proses libat urus sepanjang perbincangan dilakukan. - Gambar/ KKM

LHDN seru pembayar cukai rebut tawaran PKPS 2.0 tanpa penalti
Pembayar cukai adalah disarankan mengambil peluang untuk menyertai PKPS 2.0 ini, bagi mengelakkan dikenakan tindakan audit sedia ada.

TNB percepat TBB, inisiatif teknologi bersih menerusi tiga projek utama NETR
TNB menerajui tiga projek utama yang digariskan oleh Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR).

Mohd Nasri dilantik pemangku Pengarah JSPT - Ayob Khan
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Mohd Nasri Omar dilantik sebagai Pemangku Pengarah JSPT.

'Saya belum boleh mencangkung, masih solat duduk' - Zamani sudah 80 peratus pulih
Berkongsi perkembangan terkini keadaan kesihatannya, kata Zamani, 52, dia kini hanya memerlukan perjumpaan berkala dengan doktor setiap enam bulan.
![[KOLUMNIS] Anwar Ibrahim dan keseimbangan diplomatik Malaysia di Laut China Selatan [KOLUMNIS] Anwar Ibrahim dan keseimbangan diplomatik Malaysia di Laut China Selatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51695741928_AnwarIbrahimUNGA.jpg)
[KOLUMNIS] Anwar Ibrahim dan keseimbangan diplomatik Malaysia di Laut China Selatan
Anwar sepatutnya lebih kritikal dan berwaspada terhadap tindakan China yang boleh mengancam kedaulatan dan kepentingan negara.

Bursa Malaysia dibuka rendah, sentimen berhati-hati walaupun prestasi Wall Street lebih baik
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 4.99 mata, atau 0.34 peratus kepada 1,435.12 daripada 1,440.11 pada penutupan dagangan Rabu.

Dera bekas kekasih: Bintang Manchester United, Antony disoal siasat lima jam
Antony dilaporkan telah memberi keterangan selama lima jam di balai polis Manchester atas dakwaan penderaan bekas kekasih.

Nilai ringgit meningkat berbanding dolar AS pada sesi awal dagangan
Pada 9.03 pagi, mata wang tempatan menambah nilai kepada 4.6930/6975 berbanding dolar AS daripada penutup Rabu pada 4.7055/7105.

Piala EFL: Guardiola kekal positif walaupun Manchester City kandas
Pengendali Manchester City, Pep Guardiola, masih positif walaupun terpaksa melupakan peluang menjulang Piala Liga Inggeris musim ini.

Sembilan individu didakwa culik wanita warga Indonesia
Mereka dituduh secara bersama telah menculik seorang wanita warga Indonesia dengan tujuan menuntut wang tebusan sebanyak RM540,000.

Setuju mansuh pencen Ahli Parlimen, juga pencen penjawat awam - Khairy
Pemansuhan itu harus dilakukan secepat mungkin kerana selagi ia ditangguhkan, selagi itu ia memberi kesan kepada kewangan negara.

Tafsir al-Quran: Khairy, Shahril tidak setuju tindakan Howard Lee
Kedua-dua ahli politik itu beranggapan kurang sesuai Ahli Parlimen Ipoh Timur itu menggunakan ayat al-Quran apatah lagi dengan persepsi DAP tidak mesra kepada Islam.

Saya ragui Idrus akan hadir mesyuarat JKPK - KJ
"Beliau akan bersara dan menghilang selepas pencen nanti. Kalau beliau datang pun, mungkin akan beri jawapan standard."

Dasar GEG: Isu kompaun antara yang tidak dipersetujui, harap sokongan dua pertiga - Dr Zaliha
Pada 12 Jun lalu, Dasar GEG atau RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 dirujuk sekali lagi kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan.

'BRI China vs Friend-Shoring AS, Malaysia harus bijak hidu peluang'
AS kini dilihat mula memperluaskan polisi Friend-shoringnya ke negara ASEAN, Vietnam pilihan utama khususnya dalam sektor semikonduktor

"Perkenal semula GST selepas mansuh beri kesan inflasi" - Khairy
Kenyataan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bahawa kerajaan tidak menolak untuk memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang telah dimansuhkan sebelum ini sebagai satu tindakan berani.

'Syed Saddiq, ahli Parlimen jujur dan berprinsip' - Khairy
Tindakan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menarik diri daripada menyokong Kerajaan Perpaduan adalah berprinsip.

Masih awal label reformasi 'telah mati' - Chang Lih Kang
Chang Lih Kang berkata tidak adil untuk melabel agenda reformasi sebagai gagal, ketika tempoh pentadbiran kerajaan belum pun memasuki usia setahun.

Najib wajar dibebaskan untuk kuatkan gabungan BN-PH - Khairy
Khairy Jamaluddin Abu Bakar mencadangkan supaya Datuk Seri Najib Tun Razak dibebaskan bagi memberi nilai tambah kepada Kerajaan Perpaduan.

Perlu ada suruhanjaya yang bebas untuk tangani isu berita palsu dan fitnah - Khairy
Isu berita palsu dan fitnah di negara ini boleh ditangani sekiranya sebuah suruhanjaya yang bebas dibentuk dan diberi kuasa bagi menangani isu berkenaan.