Kertas putih bagi menjelaskan situasi sebenar yang berlaku di sebalik insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah pada Mac tahun lepas, akan diumum selepas siasatan pihak berkuasa selesai.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberitahu Dewan Rakyat hari ini bahawa maklumat lengkap siasatan dan pengalaman yang berlaku di kawasan pantai Timur Sabah itu turut membabitkan beberapa pihak berkepentingan termasuk negara jiran Filipina.
"Berhubung kait dengan maklumat dan apa yang kita kenal pasti daripada siasatan dan pengalaman kita di Lahad Datu tahun lepas, melalui kertas putih dan apabila telah lengkap, saya yakin tiada sebab ia tidak diumumkan kepada orang ramai.
"Ia perlu dilakukan dengan teliti kerana melibatkan ancaman dalam dunia tanpa sempadan sekarang,” katanya menjawab soalan tambahan Tian Chua (PKR-Batu) yang ingin tahu mengenai perkembangan terkini kertas putih tentang insiden pencerobohan di Lahad Datu pada persidangan Dewan Rakyat di sini.
Pada 3 Mac tahun lepas, beberapa wakil pembangkang menggesa kerajaan supaya memanggil sidang khas Parlimen dan mengeluarkan kertas putih serta membuat penjelasan berhubung insiden pertempuran pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh di Lahad Datu.
Sementara itu, menjawab soalan tambahan Datuk Ahmad Fauzi Zahari (BN-Setiawangsa) berkenaan langkah kerajaan dalam memastikan fungsi Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) benar-benar menjamin keselamatan Sabah daripada pencerobohan berikutan beberapa insiden penculikan, Hishammuddin berkata pendekatan kawalan
keselamatan kedua-duanya perlu diteliti semula.
Katanya perlu diingat penubuhan Esscom dan Esszone adalah untuk mengawal keselamatan dan kedaulatan negara khususnya daripada ancaman pengganas yang bersifat insurgensi seperti yang berlaku di Lahad Datu pada Mac tahun lepas.
Hishammuddin menjelaskan bahawa kedua-dua Esscom dan Esszone sebenarnya bukan diformasikan untuk menangani ancaman bersifat jenayah seperti penyeludupan, pemerdagangan orang dan penculikan.
"Setiap jenayah berkenaan, ada pendekatan yang tersendiri untuk menanganinya...sebab itu bila ada ancaman insurgensi Mac tahun lepas, sedikit sebanyak dengan wujudnya Esszone dan Esscom ia membantu kita memastikan setakat ini pencerobohan (insurgensi) tidak berulang.
"Namun insiden jenayah penculikan memerlukan kita memikirkan semula pendekatan Esszone dan Esscom dan sebab itulah kita mengumumkan cara bagaimana hendak menangani jenayah ini seperti penggunaan pelantar minyak dan pulau-pulau tertentu untuk pemantauan, mengerah kapal-kapal tertentu, meneliti semula undang-undang, serta mewartakan laluan-laluan khusus," katanya.
Kepada soalan Ahmad Fauzi mengenai kewajaran sistem penggiliran komander yang akan megetuai Esscom dan Esszone seperti diumumkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam, beliau berkata perkara itu masih belum dibawa kepada Majlis Keselamatan Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Kami akan fikirkan dari segi tempoh dan cara penggiliran itu tetapi kita tunggu sampai ia dibentangkan ke Majlis Keselamatan untuk diputuskan bersama dan diumumkan secara sah," katanya.
Bernama
Wed Jun 11 2014
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein - Gambar Fail
YTL umum Model Bahasa Raya 'Ilmu', terajui model lain dalam bahasa Malaysia
Melalui laman rasmi, Ilmu 0.1 turut dikatakan telah melepasi ujian PT3 dan juga SPM dalam bahasa Melayu.
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
87,000 penduduk akan dipindahkan susulan letusan gunung berapi di Filipina
Penduduk yang tinggal dalam radius enam kilometer dari puncak Gunung Berapi Kanlaon itu disarankan supaya berpindah segera.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kes HIV di Filipina dijangka cecah 215,400 menjelang hujung tahun
Jabatan Kesihatan Filipina (DOH) memaklumkan bahawa jumlah kes HIV di negara itu dijangka mencecah 215,400 sebelum penghujung 2024.
Ribuan orang hilang tempat tinggal akibat kebakaran besar di Manila
Ribuan orang hilang tempat tinggal selepas kebakaran besar melanda sebuah kawasan miskin di ibu negara Filipina pada Ahad.
Ribut dihadapi Filipina berkurangan tetapi semakin kuat - PAGASA
Filipina kini menghadapi ribut yang semakin berkurangan tetapi bertambah kuat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Taufan Filipina: Lebih 20 juta penduduk terkesan, jambatan runtuh sukarkan misi Mercy
Lebih 20 juta penduduk di Filipina terkesan akibat enam siri taufan yang berlaku di Filipina dalam tempoh sebulan.
Sekurang-kurangnya 8 maut selepas Taufan Man-yi landa Filipina
Taufan Man-yi meragut sekurang-kurangnya lapan nyawa dan mencederakan tiga yang lain selepas ia melanda Filipina hujung minggu lepas.
Lebih 295,000 keluarga di Filipina terjejas akibat tiga taufan kuat
Tiga taufan tropika yang melanda Filipina beberapa minggu berturut-turut menjejaskan sejumlah 295,576 keluarga.
Malaysia tiada keperluan keluarkan peta baharu - Mohamed Khaled
Malaysia tidak mempunyai keperluan untuk mengeluarkan peta baharu sempadan maritim dan akan terus mempertahankan kawasan perairan demi kedaulatan negara.