awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kertas Putih Vaksin: KKM akan pastikan perolehan dilaksankan lebih teliti, berintegriti

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
10/02/2023
02:05 MYT
Kertas Putih Vaksin: KKM akan pastikan perolehan dilaksankan lebih teliti, berintegriti
Dr Zaliha Mustafa berkata,KKM telah menubuhkan pasukan kerja bagi merangka Kertas Putih susulan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri pada 18 Januari 2023 untuk memberi gambaran secara komprehensif mengenai pengurusan perolehan vaksin COVID-19.
KUALA LUMPUR : Kementerian Kesihatan (KKM) akan memastikan sebarang perolehan termasuk perolehan vaksin COVID-19 di bawah kementerian tersebut dilaksanakan dengan lebih teliti, berintegriti serta memastikan ia mempunyai manfaat timbal-balik kepada kerajaan.
Menurut menterinya, Dr Zaliha Mustafa, ia bertepatan dengan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Februari lepas berhubung Kertas Putih perolehan vaksin COVID-19.
"KKM telah menubuhkan pasukan kerja bagi merangka Kertas Putih susulan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri pada 18 Januari 2023 untuk memberi gambaran secara komprehensif mengenai pengurusan perolehan vaksin COVID-19.
"Kertas Putih ini akan meneliti tatacara perolehan yang dilakukan adalah telus demi manfaat rakyat secara keseluruhannya.
"Ini berikutan penemuan awal oleh pihak Jabatan Peguam Negara dan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang menjalankan due diligence secara terperinci khususnya terhadap terma-terma perjanjian bekalan vaksin COVID-19 yang telah ditandatangani serta dibuat semasa tempoh darurat," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
BACA: KKM bentang Kertas Putih berhubung perolehan vaksin COVID-19 di Dewan Rakyat - PM Anwar
Rabu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan KKM akan membentangkan satu Kertas Putih berkaitan peroleh vaksin COVID-19 dalam sidang Dewan Rakyat akan datang.
Ini berikutan dapatan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, berlaku perkara yang didakwa tidak mengikut proses sewajarnya.
Topic Berkaitan
#bekalan vaksin
#COVID-19
#Zaliha Mustafa
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan