awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Impian jadi penyampai radio? SINAR FM cari ‘Penyampai Emas’ baharu!
Harga runcit RON97, RON95 tanpa subsidi turun bagi tempoh 25 hingga 31 Dis
Op Dadu Mega: 21 premis diserbu, 85 individu ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kertas siasatan 31 individu ingkar kuarantin wajib diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara

Fareez Azman
Fareez Azman
06/08/2020
07:19 MYT
Kertas siasatan 31 individu ingkar kuarantin wajib diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara
sebanyak 2,018 pemeriksaan mengejut (spot-check) telah dijalankan semalam oleh anggota polis dan Pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Rabu. - Gambar fail
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menghantar kertas siasatan 31 individu yang ingkar arahan kuarantin wajib ke Pejabat Peguam Negara.
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ia selepas siasatan selesai dan diserahkan kepada Peguam Negara untuk mengambil tindakan susulan.
"PDRM juga telah mengambil tindakan di bawah Seksyen 22(B) Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit, 1988) terhadap 31 individu yang telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) home quarantine (kuarantin di rumah) termasuk keluar dari kawasan rumah.
"Kertas siasatan telah dihantar ke Pejabat Peguam Negara bagi tindakan susulan, jika ingin dibawa ke mahkamah dan sebagainya ia atas bidang kuasa dibawah Pejabat Peguam Negara," katanya dalam sidang media Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Khamis.
Tambah Ismail, sebanyak 2,018 pemeriksaan mengejut (spot-check) telah dijalankan semalam oleh anggota polis dan Pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Rabu.
Pemantauan itu jelasnya bagi memastikan setiap individu yang diarahkan menjalani kuarantin wajib tidak ingkar SOP yang ditetapkan.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#Kementerian Kesihatan
#kertas siasatan
#KKM
#PDRM
#Peguam Negara
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#Polis Diraja Malaysia
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan