awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar ucap tahniah kepada PM Jepun, Sanae Takaichi menang pilihan raya
LaLiga: Facundo Garces kembali dalam kesebelasan utama Alaves tapi...
EPL: Manchester City bangkit penuh dramatik tumbangkan Liverpool di Anfield
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kertas siasatan Hakim Nazlan sudah beberapa kali dihantar kepada Peguam Negara - Azam

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
08/09/2022
05:02 MYT
Kertas siasatan Hakim Nazlan sudah beberapa kali dihantar kepada Peguam Negara - Azam
Kertas siasatan berhubung kes Hakim Mahkamah Rayuan, Nazlan Ghazali sudah beberapa kali dihantar kepada Pejabat Peguam Negara, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Kertas siasatan berhubung kes Hakim Mahkamah Rayuan, Nazlan Ghazali sudah beberapa kali dihantar kepada Pejabat Peguam Negara, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.
Menurut Azam, kertas siasatan yang dihantar berulang kali itu, bagaimanapun, diserahkan semula ke pejabat SPRM berikutan beberapa sebab yang tidak didedahkan.
"Mungkin jawapan yang diberikan oleh Peguam Negara (Tan Sri Idrus Harun) itu agak ringkas. Dia mungkin bermaksud bahawa tidak ada lagi di tangan beliau.
"Namun demikian kertas tersebut telah kita kemukakan kepada beliau dan pernah diberikan kepada kita balik dan kemudian diberikan kepadanya dan hantar balik kepada kami untuk tindakan-tindakan lanjut.
"Kertas siasatan ini masih lagi dengan pihak kami setelah diberikan oleh pihak beliau dan kita tunggulah arahan lanjut diberikan oleh beliau.untuk buat keputusan," katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Konvokesyen 1st MACC Law Enforcement Accredited Programme Convocation 2022 di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini, hari ini.
Bagaimanapun, menurut Azam, proses sedemikian merupakan perkara biasa bagi melengkapkan sesuatu siasatan .
Azam berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Idrus yang berkata, kertas siasatan berhubung kes Hakim Nazlan yang dilakukan oleh SPRM tidak berada dengannya.
Nazlan, yang dilantik sebagai hakim Mahkamah Rayuan, pada Februari, merupakan hakim yang mempengerusikan perbicaraan kes SRC Najib di Mahkamah Tinggi dan menjatuhi Ahli Parlimen Pekan berkenaan 12 tahun penjara dan denda RM210 juta.
Topic Berkaitan
#kertas siasatan
#Hakim Nazlan Ghazali
#SPRM
#Peguam Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan