awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kertas siasatan kemalangan Karpal Singh diserah kepada DPP

Bernama
Bernama
15/05/2014
10:37 MYT
Kertas siasatan kemalangan Karpal Singh diserah kepada DPP
Keadaan kenderaan yang dinaiki mendiang Karpal Singh dalam nahas di Km 306.1 Lebuhraya Utara-Selatan, di Kampar pada 17 April lepas.
Kertas siasatan berhubung kemalangan yang meragut nyawa Karpal Singh dan pembantu peribadinya bulan lalu telah dihantar ke Timbalan Pendakwa Raya (DPP), Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.
Ketua Trafik Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, SAC Mohd Fuad Abd Latiff berkata kertas siasatan itu telah dihantar pada 7 Mei lepas.
Karpal Singh, 74, yang merupakan bekas pengerusi kebangsaan DAP dan Anggota Parlimen Bukit Gelugor serta pembantu peribadinya Michael Cornelius, 39, maut dalam nahas di Km 306.1 Lebuhraya Utara-Selatan, di Kampar pada 17 April lepas.
Mengenai siasatan kes kemalangan Anggota Dewan Undangan Negeri Paloh, Datuk Nozula Mat Diah, Mohd Fuad berkata siasatan masih dijalankan.
"Banyak lagi maklumat yang perlu diperoleh termasuk laporan penuh daripada pihak hospital, bahagian kimia dan Puspakom," katanya kepada pemberita di sini Khamis.
Dalam kemalangan kira-kira 6.30 petang di Km 23, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai pada 17 April lepas itu, Nozula tercedera manakala isterinya Datin Maziah Din maut ketika beliau dan keluarganya dalam perjalanan dari Gua Musang ke Kuala Lumpur.
Topic Berkaitan
#Karpal Singh
#kemalangan
#kertas siasatan
#maut
#Nahas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan