MALAYSIA
Kertas siasatan kes pelajar jatuh asrama sedang dilengkapkan - KP Selangor

Shazeli berkata langkah itu dibuat selepas pihaknya selesai melakukan siasatan di tempat kejadian termasuk penelitian rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan asrama. - Gambar fail
SHAH ALAM: Polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes pelajar tingkatan tiga yang jatuh dari bangunan asrama sebuah sekolah di Sabak Bernam pada 24 Ogos lepas.
Ringkasan AI
- Polis sedang melengkapkan kertas siasatan kes pelajar tingkatan tiga yang jatuh dari bangunan asrama di Sabak Bernam pada 24 Ogos, termasuk penelitian rakaman CCTV dan keterangan ramai individu.
- Mangsa masih belum sedarkan diri dan tiada tangkapan dibuat setakat ini, namun beberapa petunjuk positif telah diperoleh untuk hala tuju siasatan.
- Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001 dan belum dapat dipastikan sama ada melibatkan unsur buli sehingga taklimat penuh diberikan kepada pejabat pendakwaan negeri.
"Siasatan berjalan dengan cukup aktif dan telah merakam banyak keterangan untuk membantu siasatan termasuk siasatan di tempat kejadian telah selesai sebenarnya.
"Kini, kertas siasatan sedang dikemas kini untuk diangkat bagi rujukan pihak pendakwaan negeri untuk memohon nasihat dan pendapat tindakan selanjutnya," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Shazeli berkata pihaknya masih belum dapat mendedahkan sama ada kes berkenaan mempunyai unsur buli atau sebaliknya sehingga taklimat penuh diberikan kepada pejabat pendakwaan negeri.
Beliau berkata mangsa kini masih menerima rawatan di hospital dan dilaporkan belum sedarkan diri.
"Tiada tangkapan dibuat setakat ini, namun kita memperoleh beberapa petunjuk positif dan hala tuju siasatan hasil daripada rakaman keterangan ramai individu," katanya dan menambah kes masih disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001.
Pada 24 Ogos, media melaporkan Ahmad Irfan Ahmad Hanafi, 15, parah selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama yang didakwa mempunyai kaitan dengan perbuatan buli.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami