Mahkamah Tinggi di sini, pada Selasa diberitahu bahawa kertas siasatan berhubung kes penyelewangan dana SRC International Sdn Bhd melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak dipulangkan semula oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) beberapa kali sejak siasatan bermula 2015.
Penolong Kanan Pesuruhjaya (PKPj) Bahagian Operasi Khas (BOK) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Rosli Husain berkata siasatan di bawah Akta Pengubahan Wang Haram berkaitan Najib telah dijalankan sejak laporan dibuat oleh pegawai SPRM pada 3 Julai 2015.
"Kemudian sepanjang Julai 2015, saya telah bertindak membuat rakaman percakapan para penerima cek dari akaun peribadi Najib," katanya yang menambah kertas siasatan kes itu kemudiannya dikemukakan kepada AGC.
Saksi itu berkata, selepas kertas siasatan itu diputuskan "Tiada Tindakan Lanjut" pada Januari 2016, beliau telah memberikan taklimat kepada Panel Penilaian Operasi (PPO) SPRM yang ketika itu dipengerusikan oleh Datuk Wira Hamid Bugo, dengan tujuan untuk meneliti semula kertas-kertas siasatan yang telah ditandakan sebagai NFA (Tiada Tindakan Lanjut).
"Beliau telah menasihati saya untuk mengemukakan kembali kertas siasatan untuk disemak semula oleh Tan Sri Mohamed Apandi kerana pihaknya yakin ada keterangan yang menunjukkan berlakunya kesalahan atas akta yang disyorkan.
"Susulan itu, pada hujung Mac 2016, SPRM telah mengemukakan semula kertas siasatan kepada Peguam Negara untuk dikaji semula," katanya.
Rosli berkata pihaknya menerima arahan untuk menyiasat lanjut kes itu pada 22 Sept 2016, selepas Mohamed Apandi memutuskan "Tiada Tindakan Lanjut" pada kertas siasatan sama pada 26 Jan 2016.
Rosli berkata beliau menerima semula kertas siasatan itu dengan arahan untuk membuat siasatan lanjut sebelum diarahkan untuk mengambil tindakan mengenai kes sama pada 7 Julai 2017.
Saksi pendakwaan terakhir itu berkata siasatan kes itu diteruskan sekitar Jun 2018.
"Setelah siasatan saya selesai pada 12 Jun 2018, saya ingat tarikh itu sebab dua hari sebelum Hari Raya Aidilfitri tahun sama. Saya kemukakan kembali kertas siasatan kepada Peguam Negara ketika itu dengan syor dan keputusan yang diambil adalah untuk menuduh tertuduh (Najib), seperti mana pertuduhan hari ini," katanya.
Saksi pendakwaan ke-57 itu berkata demikian pada pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Suhaimi Ibrahim pada hari ke-58 perbicaraan Ahli Parlimen Pekan itu yang menghadapi tujuh pertuduhan berkaitan penyelewengan dana SRC berjumlah RM42 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 27 2019
Rosli berkata, pada hujung Mac 2016, SPRM telah mengemukakan semula kertas siasatan kepada Peguam Negara untuk dikaji semula. - Gambar hiasan
Cef ternama Singapura, Tariq Helou meninggal dunia pada usia 29 tahun
Pemergian cef Helou mengejutkan seluruh komuniti kulinari di Singapura.
EPL: Man United sama hebat dengan skuad tercorot liga
Penjaga gol Manchester United, Andre Onana menjadi punca buat pasukannya kehilangan kemenangan menentang Burnley.
Pedofilia MRSM Tumpat: Polis selesai panggil 14 individu
Polis selesai memanggil 14 individu untuk dirakam keterangan berhubung kes pedofilia melibatkan seorang guru di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Tumpat.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi tentukan kemenangan, bukan Tun M - Azmin
Kemenangan DAP dalam PRK Kuala Kubu Baharu hanya akan ditentukan oleh pengundi dan bukannya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN sah miliki Sarjana Eksekutif UMPSA
Calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut, 54, disahkan memiliki Sarjana Eksekutif Pengurusan Perniagaan dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN tunjuk bukti kelayakan akademik
Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut menunjukkan bukti berkaitan kelayakan akademiknya bagi menjawab isu berkenaan.
Enakmen kawalan hiburan baharu, Kelantan yakin tidak bercanggah
Kerajaan Kelantan yakin proses penggubalan Enakmen Kawalan Hiburan baharu Kelantan yang akan dibentang pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas ini tidak bercanggah dengan aturan sedia ada.
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - PM
Delegasi Malaysia akan berkongsi dasar dan hala tuju negara di samping mempertegas pendirian negara dalam isu geopolitik serantau di hadapan pemimpin dunia.
JBPM Terengganu berdepan kesukaran padam kebakaran
JBPM Terengganu menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus yang melibatkan lebih 75% tapak pelupusan sampah
Polis jangka laporan baharu selepas berkas guru tahfiz
Polis Kelantan menjangkakan lebih banyak laporan polis berkenaan pencabulan di sebuah pusat tahfiz di Machang selepas penahanan seorang guru.
Cuepacs saran SSM dikaji mengikut situasi ekonomi semasa
Presidennya Adnan Mat memaklumkan, hal ini kerana SSM tidak pernah dikaji atau ditambah baik sejak dilaksanakan bermula November 2002.
Mubarak Johor harap elaun wakil rakyat dinaikkan
Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Johor berharap agar kadar elaun wakil rakyat di negeri ini dikaji semula dan dipertimbangkan untuk kenaikan.
Kertas siasatan kes SRC Najib beberapa kali dipulangkan kepada SPRM - Saksi
Rosli berkata siasatan di bawah Akta Pengubahan Wang Haram berkaitan Najib telah dijalankan sejak laporan dibuat oleh pegawai SPRM pada 3 Julai 2015.
Kaji semula garis panduan selia, kendali pusat tahfiz - Maszlee
Garis panduan menyelia dan mengendali pusat tahfiz di seluruh negara perlu dikaji semula serta diperketatkan, kata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.
Lebih 80 elaun penjawat awam dikaji semula - KSN
Lebih 80 jenis elaun penjawat awam termasuk elaun sara hidup akan dikaji semula bagi melihat kesamarataan, kesaksamaan dan kemunasabahan, kata Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa Jumaat.