awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis minta bantuan kesan remaja lelaki hilang di Sungai Buloh
Lawatan Modi ke Malaysia dilihat peluang luaskan perdagangan, kerjasama serantau
Rumah bekas Presiden Korea Selatan Park Geun‑hye disita akibat hutang tertunggak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kertas siasatan pempengaruh disyaki hantar gambar berbaur lucah dirujuk Pejabat TPR

Bernama
Bernama
29/05/2025
10:22 MYT
Kertas siasatan pempengaruh disyaki hantar gambar berbaur lucah dirujuk Pejabat TPR
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata suspek berusia 22 tahun itu diberi jaminan polis pada hari yang sama.
KUALA LUMPUR: Polis telah menyerahkan kertas siasatan kes seorang pempengaruh media sosial disyaki menghantar gambar berbaur lucah kepada seorang remaja perempuan, kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR), Selasa lepas.

Ringkasan AI
  • Siasatan terhadap pempengaruh media sosial: Polis telah menyerahkan kertas siasatan kes seorang pempengaruh yang disyaki menghantar gambar berbaur lucah kepada seorang remaja perempuan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan lanjut.
  • Status suspek dan siasatan: Suspek berusia 22 tahun telah diberi jaminan polis, dan setakat ini tiada laporan lain diterima mengenai mangsa lain yang mengalami kes serupa.
  • Proses undang-undang: Kes disiasat di bawah Seksyen 15(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, dengan suspek sebelum ini direman selama enam hari bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata kertas siasatan kes itu telah diserahkan kepada Pejabat TPR untuk tindakan lanjut, selepas suspek berusia 22 tahun itu diberi jaminan polis pada hari yang sama.
Mengulas mengenai dakwaan terdapat mangsa lain yang turut mengalami kes sama, beliau berkata tiada sebarang laporan polis diterima buat masa ini.
"Setakat ini, tiada laporan lain yang kami terima membabitkan suspek. Hanya kes itu (remaja perempuan terbabit) diterima," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, di sini, hari ini.
Pada 23 Mei lepas media melaporkan seorang pempengaruh direman empat hari dan disambung dua hari sehingga 27 Mei, bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menghantar gambar berbaur lucah kepada remaja perempuan berusia 14 tahun.
Kes disiasat mengikut Seksyen 15 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pempengaruh media sosial
#hantar gambar berbaur lucah
#Pejabat Timbalan Pendakwa Raya
#kertas siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami