awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kertas siasatan Sanusi, ADUN Jengka diserah ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya

Bernama
Bernama
07/11/2023
08:06 MYT
Kertas siasatan Sanusi, ADUN Jengka diserah ke pejabat  Timbalan Pendakwa Raya
Polis secara keseluruhan telah merakam keterangan lima individu berkaitan siasatan terhadap Muhammad Sanusi. - Gambar fail
KUANTAN: Kertas siasatan terhadap dua ahli politik Pas berhubung kenyataan mereka sebelum Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Bentong dekat sini, telah diserah ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya.
Kertas siasatan itu melibatkan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jengka Shahril Azman Abd Halim.
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini hari ini, berkata kertas siasatan itu telah diserah pada minggu kedua Oktober.
Beliau berkata polis secara keseluruhan telah merakam keterangan lima individu berkaitan siasatan terhadap Muhammad Sanusi termasuk menteri besar itu yang memberikan keterangan pada 7 Okt lepas di Balai Polis Manchis di Bentong.
Siasatan terhadap Muhammad Sanusi dibuat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998 dan Seksyen 4A (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, susulan kenyataannya pada sesi ceramah 22 Sept lepas, iaitu sehari sebelum hari penamaan calon bagi PRK DUN Pelangai.
Siasatan terhadap Shahril Azman juga dibuat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 AKMM serta Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan selepas didakwa mengeluarkan sentimen 3R iaitu berkaitan isu agama, raja dan kaum, semasa berada di Felda Sungai Kemahal yang terletak dalam DUN Pelangai sebelum video berkaitan dimuat naik ke akaun TikTok beliau.
-- BERNAMA
Dapatkan keputusan terkini PRK Pelangai di sini
Topic Berkaitan
#sanusi
#ADUN Jengka
#PRK Pelangai
#siasatan polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan