KUALA LUMPUR: Satu kertas siasatan telah dibuka terhadap pensyarah dan Felo Majlis Profesor Negara Profesor Emeritus Datuk Teo Kok Seong susulan kenyataannya berkaitan sekolah vernakular baru-baru ini.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata siasatan dibuka di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Topik mengenai kewujudan sekolah vernakular di negara kita memang tajuk yang sentiasa dibahaskan sudah berpuluh tahun. Ada pandangan pro, ada pandangan kontra, ada kelebihan dan ada kekurangan... kalau kita nak tengok.. satu kekuatan di sana, misalnya trend ketika ini ramai pelajar-pelajar Melayu memilih untuk belajar di sekolah vernakular.
"Itu pun satu fakta juga... ketika kritik terhadapnya (sekolah vernakular) ada, ada juga dalam jumlah yang besar memilih (untuk bersekolah di sekolah vernakular)," katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi Kementerian Dalam Negeri hari ini.
Teo sebelum ini dikatakan mengeluarkan kenyataan menerusi satu rakaman video di TikTok yang mendakwa sekolah jenis kebangsaan Cina menyebarkan sentimen perkauman terhadap orang Melayu.
Susulan itu Teresa Kok (DAP-Seputeh) ketika perbahasan menggesa pihak polis menyiasat Teo berhubung perkara itu selain mempersoalkan mengapa beliau tidak disiasat, dengan membandingkan siasatan polis terhadap pemimpin-pemimpin DAP seperti Tan Sri Lim Kit Siang dan Tony Pua.
Sementara itu Saifuddin Nasution berkata kertas inkuiri terhadap Lim telah pun dihantar kepada Peguam Negara manakala kertas siasatan berkaitan laporan terhadap Pua akan diserahkan kepada Peguam Negara esok (12 Mac).
Sementara itu beliau turut mengesahkan 63 laporan polis diterima berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh Bozz Jebat atau nama sebenarnya Zool Amali Husin yang didakwa menghina Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Abang Openg melalui aplikasi YouTube.
"Polis telah membuka siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian ataupun perkhidmatan rangkaian. Kes ini masih dalam siasatan pihak polis," katanya.
Berkenaan status semasa kertas siasatan berhubung kes Teoh Beng Hock yang ditemukan mati pada 16 Julai 2009, Saifuddin Nasution berkata ia kini di peringkat Jabatan Peguam Negara bagi tindakan selanjutnya.
"Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak atas arahan Jabatan Peguam Negara telah pun membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 342 Kanun Keseksaan (Kurungan Salah), dan setelah siasatan selesai, pihak polis telah menyerahkannya kepada Jabatan Peguam Negara pada 11 Ogos 2023," katanya.
Beliau berkata PDRM perlu menunggu arahan Jabatan Peguam Negara untuk tindakan seterusnya sekiranya ada beberapa perkara yang harus dilaksanakan.
"..seperti (contohnya) kertas siasatan tidak sempurna atau perlu lagi aspek siasatan untuk dilengkapkan. Pihak polis sedia memberi kerjasama," kata Saifuddin Nasution.
Teoh ditemukan mati di tingkat lima bangunan Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di tingkat 14 bangunan sama.
Mendiang adalah setiausaha politik kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah yang ketika itu merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru Selangor.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 11 2024
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata siasatan dibuka di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. - Foto BERNAMA
Mohamed Khaled tiba di Indonesia untuk lawatan rasmi, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan tiba di Jakarta pada Ahad untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
'Tersentuh tengok golongan OKU penglihatan tunai umrah’ - Mohd Na’im
"Moga terkabul segala hajat sahabat-sahabat OKU penglihatan menunaikan ibadat umrah dan ziarah."
PM Anwar yakin terhadap IsDB dalam tangani ketidaksamaan, marginalisasi umat Islam
Bank itu mempunyai peranan untuk menangani isu ketidakadilan, ketidaksamaan dan marginalisasi terutamanya dalam kalangan umat Islam.
Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024
Mangga harumanis dan produk makanan berasaskan mangga antara tarikan utama pada penganjuran Agrofiesta 2024.
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
Malaysia negara pertama terima visa haji
Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024.
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Chong masih belum terima surat jawapan DAP berhubung debat
Datuk Chong Sin Woon masih belum menerima kata putus dari Naib Pengerusi DAP Negeri Sembilan Teo Kok Seong berhubung sesi debat.
DAP jangan angkuh, semua tahu hudud memang agenda utama PAS - Penganalisis
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dinasihat tidak terlalu angkuh dengan kenyataan parti itu yang menolak pelaksanaan hudud dan selain meminta PAS keluar dari Pakatan Rakyat.
Dua aktivis #KitaLawan dan Ketua Pemuda DAP direman polis
Bagaimanapaun, majistret membuat keputusan untuk hanya mereman Teo Kok Seong selama sehari sementara Adam dan Mandeep selama tiga hari.