KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pembayaran hampir RM23 juta melalui 39 keping cek kepada syarikat Semarak Konsortium Satu Sdn Bhd kerana menyediakan perkhidmatan pasukan media antarabangsa dan penulis ucapan bahasa Inggeris kepada bekas perdana menteri itu antara 2011 hingga 2014.
Pengarah syarikat itu, Datuk Mohd Omar Mustapha, 51, berkata pembayaran berjumlah RM22,981,688 diterimanya antara 3 Mac 2011 hingga 23 April 2014 kerana syarikat terbabit menyediakan pelbagai perkhidmatan termasuk penyediaan teks ucapan dalam bahasa Inggeris untuk Najib sama ada di dalam atau di luar negara.
"Ia juga bagi menyelaras segala urusan dengan pihak media antarabangsa yang berpusat di Malaysia, menyelaras temu duga Najib sewaktu lawatan ke luar negara dengan media antarabangsa dan menyediakan deraf temu duga atau artikel oleh Najib dalam majalah atau surat khabar dalam bahasa Inggeris," katanya ketika membacakan pernyataan saksinya pada perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram dana RM2.3 bilion milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dihadapi Najib.
Menurut saksi pendakwaan ke-45 itu, urusan perkhidmatan syarikat tersebut kepada Najib bermula selepas timbulnya isu perkhidmatan oleh APCO Worldwide kepada kerajaan Malaysia yang pada 2010 pihak kerajaan telah membayar RM76.8 juta setahun kepada APCO.
"Pembayaran ini telah dibuat oleh pihak kerajaan atas perkhidmatan PR Antarabangsa (Perhubungan Awam) yang telah diberikan oleh APCO antara Julai 2009 hingga Jun 2010. Pembayaran ini telah menjadi isu yang ditimbulkan oleh pihak pembangkang dalam Parlimen dan saya difahamkan kontrak antara APCO dan kerajaan selepas itu tidak disambung.
"Ekoran daripada isu tersebut, saya melihat terdapat peluang perniagaan di situ dan telah menghubungi Ketua Pegawai Eksekutif APCO di Malaysia pada masa itu, Paul Stadlen untuk bertanya sama ada beliau bersedia untuk keluar daripada APCO dan menyediakan perkhidmatan secara persendirian dan beliau bersetuju," katanya.
Omar berkata APCO antara syarikat PR Antarabangsa terbesar di dunia yang beribu pejabat di Amerika Syarikat dan mempunyai cawangan di lebih 30 buah negara termasuk Malaysia.
Saksi itu seterusnya berkata, beliau juga telah berjumpa dengan Najib di pejabat Perdana Menteri pada Mac 2011 untuk menawarkan perkhidmatan pasukan media antarabangsa dan penulis ucapan bahasa Inggeris kepadanya.
Menurut Omar, dalam perbincangan itu, beliau telah menawarkan perkhidmatan tersebut dan pembayaran berdasarkan tuntutan yang dikemukakannya setiap bulan kepada Najib.
"Pada masa itu, Najib telah bersetuju dengan cadangan perkhidmatan tersebut. Saya tidak meminta sebarang kontrak ditandatangani untuk perkhidmatan ini dan beliau (Najib) juga tidak minta sebarang kontrak daripada saya. Urusan ini hanyalah melibatkan perjanjian lisan sahaja memandangkan isu ini kemungkinan besar boleh dipolitikkan.
"Saya percaya Najib boleh mempercayai saya dalam urusan ini kerana saya pernah bekerja sebagai pegawai khas utamanya ketika beliau memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 2004 hingga 2005," katanya.
Ketika disoal balas peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib, saksi itu berkata Najib merupakan satu-satunya pelanggan dalam syarikatnya dan setiap bulan beliau sendiri akan ke pejabat Najib untuk mendapatkan cek-cek itu.
"Saya berjumpanya (Najib) setiap bulan dan saya berikan invois termasuk kos operasi dan beliau akan membuat pembayaran. Saya menerima pembayaran selama tiga tahun daripadanya tanpa disoal oleh pihak bank atau sebarang amaran daripada bank," katanya.
Sementara itu, ketika disoal semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib, saksi itu berkata perkhidmatan yang diberikannya kepada Najib adalah bagi tujuan rasmi dan beliau tidak mengetahui sumber wang yang digunakan Najib untuk membayar syarikatnya.
Ahmad Akram: Adakah kamu tahu dari akaun mana Najib bayar kepada kamu?
Mohd Omar: Saya hanya menerima bayaran melalui cek...setahu saya, beliau menandatangani cek tersebut secara peribadi, di hadapan saya.
Najib, 70, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah RM2.3 bilion daripada 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Collin Lawrence Sequerah, yang bersidang sebagai Hakim Mahkamah Tinggi diteruskan dengan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah memberi keterangan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 21 2023
Najib (tengah) hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini bagi sambungan prosiding perbicaraan berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB). - Foto Bernama
Raih RM31 juta sejak ditayangkan! Sheriff kini filem no. 1 di Malaysia
Berita gembira ini turut disokong oleh abang Syafiq, Syamsul Yusof yang turut bangga dengan kejayaan naskhah yang dihasilkan adiknya.
Letupan bom Sungai Golok: PDRM tingkat kawalan keselamatan sempadan Malaysia-Thailand
PDRM mempertingkatkan kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden letupan bom dan bunyi tembakan di Sungai Golok.
Pemain ragbi meninggal dunia selepas perlawanan pasukan pilihan MB Kedah
Seorang bekas pemain Sukma Kedah meninggal dunia selepas menyertai perlawanan pertunjukan pasukan pilihan Menteri Besar Kedah pada Ahad.
OCC: Masih banyak usaha perlu dibuat dalam isu hak kanak-kanak
Masih banyak yang perlu dilakukan kerana Malaysia masih ketinggalan berbanding negara lain dalam menangani isu penderaan dan masalah sosial melibatkan kanak-kanak.
iPad Pro mungkin dijana dengan cip Apple M4 terbaharu, fokus ciri AI
Cip Apple M4 dijangka memfokuskan kepada keupayaan enjin neural yang disertakan bersama dengannya membolehkan ia menawarkan ciri AI yang lebih baik.
Lebih 840,000 permohonan untuk London Marathon 2025 pecah rekod dunia
Jumlah permohonan untuk menyertai larian TCS London Marathon tahun depan telah memecahkan rekod dunia.
WEF: Anwar jumpa 50 pemimpin industri & perniagaan, yakin pelabur bernilai tinggi pilih Malaysia
Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan keyakinan lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan mengikut jejak langkah syarikat-syarikat gergasi seperti Tesla, AWS, Infineon dan Nvidia.
AWANI Ringkas: Ikut jejak syarikat gergasi lain
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka tinggi seiring prestasi Wall Street
Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, mengambil petunjuk pasaran serantau dan kenaikan di Wall Street pada hari Jumaat.
Kementerian Perpaduan kaji keperluan pelan tindakan pendidikan & penghargaan Rukun Negara
Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional akan mengkaji keperluan untuk melancarkan Pelan Tindakan Pendidikan & Penghargaan Rukun Negara sejajar dengan Dasar Perpaduan Negara 2021-2030.
Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad yang dikaitkan dengan 1MDB
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
'Kementerian Kewangan tiada rekod surat kelulusan Najib bagi 1MDB ambil alih Tanjong Energy, Genting Sanyen' - Saksi
Dalam siasatan SPRM, Kementerian Kewangan mengesahkan tidak mempunyai rekod ke atas kedua-dua surat tersebut.
Najib diberi peluang jelaskan mengenai dokumen 1MDB ketika disoal siasat - Pegawai SPRM
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib diberi peluang untuk menjelaskan secara terperinci mengenai dokumen berkaitan 1MDB, ketika disoal siasat.
Najib tak pernah arah pengurusan 1MDB pindah AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho Low - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengarahkan mana-mana individu daripada pengurusan 1MDB untuk memindahkan AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho low.
1MDB: SPRM ke Riyadh untuk sahkan surat derma RM2.6 bilion - Saksi
Penguasa Kanan SPRM Nur Aida Arifin berkata pihaknya telah pergi ke Istana Riyadh pada 2015 bagi mengadakan pertemuan dengan dua putera Arab Saudi.
1MDB: Najib tak dedah mengenai pertemuan dengan Raja Arab Saudi ketika siasatan - Saksi
Najib tidak memaklumkan kepada SPRM mengenai pertemuan delegasi Malaysia bersama Raja Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud.
1MDB: Muhammad Shafee ditegur hakim kerana bersikap 'keterlaluan'
Ketua peguam bela yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak ditegur apabila dilihat menyerang kredibiliti pengawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika perbicaraan.