Skip to main content

Malaysia

PM Anwar ucap tahniah kepada The Speedy Tiger layak ke Piala Dunia 2026

Sumber: FB Anwar Ibrahim
Perdana Menteri Anwar mengucapkan tahniah kepada skuad hoki lelaki negara atas kejayaan melayakkan diri ke Piala Dunia 2026 yang akan berlangsung di Belanda dan Belgium. - Gambar Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada skuad hoki lelaki negara atas kejayaan melayakkan diri ke Piala Dunia 2026 yang akan berlangsung di Belanda dan Belgium.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Anwar berkata, pencapaian itu lahir daripada kerja keras, disiplin tinggi serta semangat juang luar biasa yang ditunjukkan oleh para pemain bersama pasukan kejurulatihan.

Advertisement

“Namun saya percaya masih terdapat ruang untuk The Speedy Tigers memperkemas permainan serta meningkatkan prestasi menjelang saingan di pentas Piala Dunia nanti.

“Seluruh rakyat Malaysia pastinya akan memberi sokongan dan dukungan berterusan buat kalian,” katanya.

Skuad hoki lelaki negara tewas 4-5 kepada Jepun pada aksi penentuan tempat ketiga dan keempat pada Kelayakan Piala Dunia 2026 di Ismailia, Mesir pada Sabtu.

Bagaimanapun, skuad negara berkemungkinan masih layak ke Piala Dunia Hoki 2026 Belanda-Belgium, apabila ranking dunia semasa menyaksikan Malaysia di tangga ke-15, mengatasi Wales di tangga ke-16 dan Poland di tangga ke-20 yang beraksi dalam penentuan tempat ketiga dan keempat dalam satu lagi pusingan kelayakan.

-- BERNAMA

 

 

 

 

Must Watch Video