awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes 1MDB: Saya tidak boleh arah media apa yang patut dilapor, itu hak mereka - Hakim

Bernama
Bernama
24/01/2024
15:00 MYT
Kes 1MDB: Saya tidak boleh arah media apa yang patut dilapor, itu hak mereka - Hakim
Hakim yang mendengar perbicaraan kes rasuah Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan 1MDB di Mahkamah Tinggi berkata beliau tidak boleh mengarahkan media apa yang patut mereka laporkan kerana itu adalah hak mereka. - Gambar hiasan/REUTERS
KUALA LUMPUR: Hakim yang mendengar perbicaraan kes rasuah Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi di sini hari ini berkata beliau tidak boleh mengarahkan media apa yang patut mereka laporkan kerana itu adalah hak mereka.
Datuk Collin Lawrence Sequerah, yang kini Hakim Mahkamah Rayuan, berkata bagaimanapun beliau mengambil maklum aduan yang dibuat oleh pihak pembelaan.
Beliau berkata demikian selepas peguam utama Najib iaitu Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan bahawa artikel yang disiarkan oleh sebuah portal berita pagi ini bertajuk Najib denied 1MDB CEO access to US$3bil in funds, court told adalah "benar-benar tidak adil" dan "amat prejudis."
Artikel itu adalah berdasarkan beberapa perenggan dalam pernyataan saksi pendakwaan ke-49 iaitu pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Nur Aida Arifin, 37, yang dibantah oleh pihak pembelaan.
Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib pula berkata beliau tidak mempunyai sebarang komen mengenai perkara itu.
Najib, 70, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk memperoleh rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.
Perbicaraan bersambung Jumaat ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes 1MDB
#laporan media
#kes rasuah
#Najib Razak
#Collin Lawrence Sequerah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan