awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang negara serantau
64,295 pelawat Singapura masuki Sarawak pada 2025, catat jumlah tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes 7,000 ayam mati: Jabatan Veterinar diarah teliti, bantu penternak

Astro Awani
Astro Awani
01/07/2017
07:16 MYT
Kes 7,000 ayam mati: Jabatan Veterinar diarah teliti, bantu penternak
Keadaan di pusat ternakan ayam milik Muhammad Fazli Rosli pada hari raya keempat. - Gambar fail
Susulan kejadian lebih 7,000 ekor ayam mati dipercayai angkara khianat di Alor Gajah, Melaka, kerajaan negeri mengarahkan Jabatan Veterinar untuk mengkaji serta meneliti punca dan bentuk bantuan yang boleh diberikan kepada penternak yang terlibat.
Exco Pertanian dan Pembangunan Usahawan, Datuk Hasan Abd Rahman berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan penternak yang terlibat untuk mengenal pasti bentuk tindakan awal yang boleh diambil termasuk bantuan anak ayam baharu serta bantuan pemantauan di reban ayamnya yang terletak lebih kurang 2 kilometer daripada kawasan kediaman penduduk.
“Saya di peringkat kerajaan negeri akan minta veterinar untuk bantu bagi meringankan beban beliau dalam menghadapi bencana ini. Mungkin veterinar akan bantu untuk memantau dan memberi beberapa bentuk bantuan khidmat nasihat dan sebagainya.
“Saya sendiri dalam tempoh terdekat akan berbincang dengan penternak untuk melihat apa tindakan yang boleh diambil untuk memulihkan balik projek ternakan ayam saudara Fazli ini,” ujar Hasan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Kerajaan Negeri di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh hari ini.
Majlis yang dihadiri lebih 30,000 pengunjung itu turut dihadiri Tuan Yang Terutama (TYT) Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob serta Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.
Semalam, Astro AWANI memaparkan, angkara khianat, seorang penternak muda terpaksa berputih mata apabila lebih 7,000 ekor ayam ternakannya mati dipercayai akibat lemas apabila suis kipas reban ayamnya di Kampung Sungai Buloh, Alor Gajah Melaka, dimatikan.
Kejadian yang berlaku pada hari raya keempat lalu itu menyebabkan Muhammad Fazli Rosli, 29, terpaksa menanggung kerugian mencecah RM50,000.
Topic Berkaitan
#anak ayam
#Jabatan Veterinar
#penternak
#usahawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan