JOHOR BAHRU:Keluarga kepada dua remaja yang maut dalam kemalangan melibatkan basikal lajak empat tahun lepas melahirkan rasa syukur dengan keputusan terbaharu Mahkamah Tinggi di sini berhubung kes berkenaan.
Terdahulu, Hakim Mahkamah Tinggi Dr Shahanaz Sulaiman mengarahkan tertuduh Sam Ke Ting, 26, untuk membela diri setelah pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie, sekali gus mengetepikan perintah dibuat Mahkamah Majistret pada Oktober 2019 untuk melepas dan membebaskan tertuduh.
Keputusan itu dibuat ketika prosiding keputusan rayuan pendakwaan terhadap perintah berkenaan di sini, pagi ini.
Bapa kepada salah seorang remaja berkenaan, Azzuraimee Azik berkata keputusan itu diharapkan dapat memberi keadilan yang sewajarnya kepada mangsa dan keluarga yang terlibat dalam kejadian berkenaan.
"Keputusan sebelum ini menunjukkan seolah-olah kesalahan sepenuhnya adalah berpunca daripada mangsa sendiri dan ahli keluarga, manakala tertuduh dilepas dan dibebaskan begitu sahaja.
"Jadi dengan keputusan terbaharu ini, kami berharap ada keadilan terhadap anak kami dan kami sekeluarga kerana kejadian ini sudah berlaku sekian lama," katanya ketika ditemui pemberita di luar kamar Mahkamah Tinggi di sini bagi mengikuti keputusan rayuan pendakwaan di sini.Sementara itu, ibu kepada seorang lagi remaja Fauzan Halmijan yang turut maut dalam kejadian itu, Nur Cahya Amrun, 40, pula berkata dia dan keluarga menerima seadanya keputusan perbicaraan yang diputuskan mahkamah.
"Saya ingat perkara ini sudah selesai sebab hari itu (dua tahun lalu) tertuduh sudah dibebas. Saya pun tidak mahu perkara ini melarat kerana anak saya pun sudah tiada.
"Mungkin memang betul kita salah, budak ni pun mungkin salah, semua salah dalam hal ini. Jadi kita tunggu sahajalah mana keputusan yang terbaik," ujarnya.
Mengikut pertuduhan, Sam yang ketika kejadian berusia 22 tahun, didakwa memandu kereta bernombor pendaftaran JQB 9984 di Jalan Lingkaran Dalam, di sini, secara melulu atau dengan berbahaya hingga menyebabkan kematian lapan penunggang basikal pada pukul 3.20 pagi, 18 Feb 2017.
Kelapan-lapan remaja yang maut dalam kemalangan itu ialah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14 (ketika kejadian); Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 dan Haizad Kasrin, 16.
Sam didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda RM20,000, jika sabit kesalahan.
Tarikh perbicaraan bagi tertuduh membela diri ditetapkan selama tiga hari bermula 9 hingga 11 Mei tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 18 2021
Terdahulu mahkamah mengarahkan tertuduh Sam Ke Ting, 26, untuk membela diri setelah pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie. - Bernama
Bertrand mengembara 'serap' ilmu terjun
Bertrand kini jalani latihan di Singapura bermula hingga 30 Mei ini dan kemudiannya akan ke Australia untuk menyertai kejohanan terjun di Brisbane.
Pusat data membentuk sebahagian besar daripada pelaburan digital dilulus berjumlah RM144.7 bilion
Pada 2021 pelaburan dilulus dalam pusat data berjumlah RM3.4 billion, RM80.8 bilion pada 2022 dan RM60.5 bilion tahun lepas.
Ahli lembaga pengarah, hala tuju DNB diumum esok - Fahmi
Fahmi menjelaskan dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi penegasan mengenai pelaksanaan rangkaian 5G dan perkara-perkara yang dipersetujui.
AWANI Ringkas: Laporan interim nahas helikopter TLDM dalam dua minggu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas helikopter Lumut: Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota TLDM yang maut dalam nahas helikopter di Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun pada Rabu.
Lebih sebulan berlalu, polis masih kesan pemilik sebenar wang RM500,000 dalam bagasi
Polis masih mengesan pemilik sebenar wang tunai lebih RM500,000 yang ditemui dalam bagasi di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Damansara pada 20 Mac lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
Bersatu beri bayangan ketengah calon Melayu
Bersatu beri bayangan calon yang akan diketengahkan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu Mei ini ialah calon Melayu.
Proses bedah siasat 10 mangsa selesai
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu
[TERKINI] Laporan interim dalam tempoh dua minggu
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin menyatakan komitmen tersebut pada mesyuarat kabinet yang diadakan pada Rabu.
Tragedi basikal lajak: 'Setiap detik dihantui insiden itu, saya mohon maaf' - Sam Ke Ting
Ke Ting berkata peristiwa tersebut sentiasa bermain di fikirannya malah sering tertanya-tanya mengenai kehidupan serta masa depan keluarga remaja yang terkorban akibat kemalangan itu.
Sam Ke Ting bebas tuduhan sebabkan kematian 8 remaja basikal lajak
Pada 13 April tahun lalu, Mahkamah Tinggi Johor Bahru memerintahkan kerani itu dikenakan hukuman berkenaan atas kesalahan dilakukannya pada 2017.
Hisyam Teh ketuai pasukan peguam Sam Ke Ting dalam rayuan kes 'basikal lajak'
Hisyam Teh akan mengetuai pasukan peguam dalam rayuan Sam terhadap sabitan dan hukuman bagi kesalahan memandu melulu sehingga menyebabkab kematian remaja menunggang basikal lajak.
Budak 9 tahun antara 52 penunggang basikal lajak ditahan
Ibu bapa diingatkan agar sentiasa mengawasi anak-anak mereka supaya tidak terlibat dalam aktiviti menyalahi undang-undang.
Kes basikal lajak: Rayuan kerani akan didengar 31 Mac tahun depan
Mahkamah Rayuan menetapkan 31 Mac tahun depan bagi mendengar rayuan Sam Ke Ting terhadap sabitan kesalahan kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja.
Kes basikal lajak: Pengurusan kes bagi rayuan kerani ditetapkan 13 Okt
Tarikh baharu itu ditetapkan selepas pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Norkamilah Aziz hari ini.
Basikal lajak: Pengurusan kes selanjutnya rayuan kerani pada 28 Jun
Mahkamah Rayuan menetapkan 28 Jun bagi pengurusan kes selanjutnya dalam rayuan Sam Ke Ting terhadap sabitan dan hukuman penjaranya.
Kes basikal lajak: Sri Ram ketuai rayuan kerani
Pengurusan kes bagi rayuan Sam ditetapkan di hadapan Timbalan Pendaftar Mohd Khairi Haron pada 11 Mei.
Kes basikal lajak: Sam Ke Ting percaya kebebasan perlu dibayar dengan harga mahal
Kerani wanita, Sam Ke Ting memohon agar orang ramai tidak mempertikaikan sistem undang-undang dan kehakiman negara.
Kes basikal lajak: Sam Ke Ting dibebaskan dengan jaminan
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara membenarkan permohonan Sam untuk mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan.