Bapa warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, Dr Setev Shaariibuu hari ini membuat laporan polis bagi membolehkan kes pembunuhan anaknya pada tahun 2006 dibuka semula.
Laporan polis berkenaan dibuat oleh Setev ditemani peguamnya Ramkarpal Singh di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di ibu negara, hari ini.
Ramkarpal berkata pihaknya berharap laporan itu akan membuka kembali kes berkenaan untuk disiasat secara menyeluruh termasuk mendakwa individu bertanggungjawab terhadap pembunuhan Altantuya.
Menurut beliau, polis perlu memanggil bekas pembantu Datuk Seri Najib Tun Razak, Deputi Superintendan, Musa Safri sebagai saksi utama bagi membantu siasatan kes pembunuhan itu.
“Tujuan laporan polis ini adalah untuk membolehkan pihak polis memulakan siasatan lanjut berkenaan isu motif berkenaan siapa yang telah pun mengarahkan pembunuhan ini.
“Siasatan lanjut tersebut bukan hanya berdasarkan laporan ini sahaja. Tetapi ia juga bedasarkan informasi maklumat lain yang mungkin akan timbul pada masa depan.
“Kami berharap ini akan memulakan proses siasatan semula," katanya kepada Astro AWANI.
Ramkarpal pada masa yang sama berkata tempoh siasatan mungkin akan mengambil masa tiga hingga empat bulan.
Terdahulu, Ramkarpal berkata ada bukti dan petunjuk baharu bagi membuka semula siasatan kes pembunuhan Altantuya
Ramkarpal berkata pihaknya optimis kes itu akan dibuka semua bagi siasatan lanjut bedasarkan motif siapa yang mengarahkan pembunuhan model terbabit.
BACA: Kes Altantuya: Petunjuk jelas baharu sudah ada dalam negara - Ramkarpal
Astro AWANI memohon maaf di atas laporan awal berita ini yang menyebut Musa Safri sebagai suspek utama, sebaliknya beliau adalah saksi utama.
Wafa Aula
Wed Jun 20 2018
Ramkarpal berkata pihaknya berharap laporan itu akan membuka kembali kes berkenaan untuk disiasat secara menyeluruh termasuk mendakwa individu bertanggungjawab terhadap pembunuhan Altantuya. - Foto BERNAMA
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
'My father is not a murderer' - anak perempuan Najib Razak
Anak Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa mendakwa cubaan bekas anggota UTK Polis Diraja Malaysia Cif Inspektor Azilah Hadri mengaitkan ayahnya dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
Apa lagi yang Kit Siang mahu? - Tanya Najib
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan apa yang sebenarnya diinginkan oleh Ahli Jawatan Kuasa Tertinggi DAP, Lim Kit Siang terhadap dirinya.
Kes Altantuya: Polis patut panggil Musa Safri
Dr Setev Shaariibuu, bapa warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu hari ini telah membuat laporan polis bagi membolehkan kes pembunuhan anaknya pada tahun 2006 dibuka semula.
Presiden Mongolia harap Tun Mahathir tegakkan keadilan bagi Altantuya
Presiden Battulga berkata, kes yang melibatkan rakyat Mongolia itu telah mengakibatkan ketidaksenangan dari segi hubungan bilateral, dan juga rakyat dua negara ini.
Kes Altantuya: Azilah mohon pengampunan Sultan Selangor terhadap hukuman mati
Peguamnya Datuk Hazman Ahmad berkata pihaknya telah mengemukakan petisyen pengampunan diraja itu kepada Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, pagi tadi.
Najib tidak jawab persoalan yang dibangkitkan - Tun M
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak menjawab apa-apa persoalan menerusi 'pendedahan' di laman blog NajibRazak.com semalam.
Spekulasi pembunuhan Altantuya sudah sampai tahap tidak masuk akal - Razak Baginda
Razak Baginda berkata beliau masih tidak tahu motif pembunuhan model sambilan dan penterjemah, Altantuya Shariibuu.
Altantuya: Australia tolak permohonan hantar pulang Sirul
Australia akan menolak permohonan kerajaan Malaysia untuk mendapatkan perintah ekstradisi bagi membawa pulang Sirul Azhar kerana kesalahan membunuh Altantuya.
Scorpene: RM452 juta adalah bayaran khidmat pengurusan Perimekar
Perspektif negatif yang sengaja dimainkan pihak tertentu berhubung isu pembayaran RM452 juta sebagai 'komisen' kepada Perimekar Sdn Bhd, disangkal oleh Jasbir Singh Chahl.
Altantuya tiada kaitan dengan pasukan urus janji Scorpene - Arkitek
Jasbir juga bersumpah bahawa model itu tidak pernah berada di Perancis apabila mereka cuba memuktamadkan perjanjian itu.