awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemotong rumput rogol adik ipar kekal dipenjara 28 tahun, 24 sebatan
Indonesia rancang bangun jana kuasa nuklear secara berperingkat
PNB nilai tawaran am sukarela Sunway ke atas IJM berdasarkan pertimbangan komersial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes Alvin dan Vivian persenda umat Islam di mahkamah disebut semula 14 April

Bernama
Bernama
28/02/2014
10:37 MYT
Kes Alvin dan Vivian persenda umat Islam di mahkamah disebut semula 14 April
Mahkamah Sesyen hari ini menetapkan 14 April untuk sebutan semula kes pasangan blogger kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee yang menghadapi tiga pertuduhan mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan.
Hakim Murtazadi Amran menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharudin Wan Ladin memberitahu mahkamah, keputusan terhadap rayuan pasangan terbabit telah ditetapkan pada 10 April ini di Mahkamah Rayuan.
"Pasangan itu telah memfailkan rayuan untuk membatalkan pertuduhan yang dihadapi mereka di bawah Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan selepas Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan mereka dan rayuan berhubung kes itu akan diputuskan Mahkamah Rayuan pada 10 April," katanya.
Terdahulu, mahkamah turut membenarkan permohonan peguam Adilah Kamarzaman untuk mengecualikan kehadiran kedua-dua anak guamnya pada tarikh sebutan 14 April.
Pada 21 Nov lepas, Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan Alvin atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian atau Lee May Ling, 24, untuk membatalkan pertuduhan dihadapi mereka mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan dengan alasan pertuduhan yang dibuat terhadap mereka adalah sah, teratur dan tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan, Tan dan Lee didakwa memuat naik di laman Facebook mereka satu kandungan gambar dan komen bertajuk 'Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan !!!)' yang mengandungi logo halal, berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan atas alasan agama dalam kalangan penganut agama berlainan, di CAF-Syed Restaurant Jalan Dang Wangi di sini antara 11 dan 12 Julai lepas.
Mereka juga didakwa memuat naik satu penerbitan menghasut di laman Facebook 'Alvin and Vivian-Alvivi' di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers iaitu kandungan gambar dan komen yang sama pada tarikh sama di Kompleks Mutiara Jalan Ipoh, Batu 3 1/2 di sini mengikut Akta Hasutan 1948.
Mereka turut berdepan pertuduhan mempamer gambar lucah di https://alviviswingers.tumblr.com/ di tempat sama antara 6 dan 7 Julai lepas mengikut Akta Penapisan Filem 2002.
Topic Berkaitan
#ALVIN
#bak kut teh
#persenda umat Islam
#vivian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan