awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Proton perluas strategi elektrifikasi dengan menceburi segmen PHEV
Unisel gagal cabar pampasan RM280,875 bekas profesor madya
Malaysia berdepan kekurangan pakar onkologi - Dzulkefly
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes amang seksual: Shahidan Kassim dilepas tanpa dibebas, pengadu tarik balik tuduhan

Salim Aziz
Salim Aziz
24/04/2019
07:46 MYT
Kes amang seksual: Shahidan Kassim dilepas tanpa dibebas, pengadu tarik balik tuduhan
Tuduhan ke atas Shahidan digugurkan selepas pengadu yang juga seorang remaja bawah umur hadir memberikan keterangan dan menarik balik tuduhannya ke atas tertuduh. - Gambar fail
Mahkamah Sesyen Kangar hari ini melepaskan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim tanpa dibebaskan daripada pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan bawah umur, Oktober tahun lalu, apabila pengadu yang hadir ke mahkamah sebagai saksi kelima menarik balik tuduhan terhadap tertuduh.
Terdahulu, Shahidan yang juga Ahli Parlimen Arau tiba di pekarangan mahkamah kira kira jam 9.45 pagi ditemani isteri Datin Seri Shamsiah Mohd Yassin dan ahli keluarga terdekat.
Ketua peguam bela Shahidan, Zamri Ibrahim yang ditemui selepas proses perbicaraan menjelaskan bahawa Hakim Ainul Shahrin Mohamad memutuskan tuduhan ke atas anak guamnya digugurkan selepas pengadu yang juga seorang remaja bawah umur hadir memberikan keterangan dan menarik balik tuduhannya ke atas tertuduh.
Tambah Zamri, pihak pendakwaan juga tidak berhajat untuk memanjangkan proses perbicaraan dengan memanggil enam saksi lagi.
“Keputusan pihak pendakwaan tak teruskan dengan pendakwaan (kerana) pihak pengadu buat keputusan untuk tarik balik aduan. Jadi terima kasih kepada pihak pendakwaan kerana tarik balik.
“Sebenarnya keputusan mahkamah adalah untuk lepas tanpa dibebaskan berdasarkan keputusan pengadu tidak teruskan dengan kes, walaupun kita sudah jalankan tiga orang saksi termasuk pengadu hari ini,” ujarnya.
Sementara itu, dalam perbicaraan yang berlangsung selama dua hari bermula semalam (Selasa), menampilkan 5 orang saksi iaitu pengurus DSSK Buskers, Azhar Hassan; isteri salah seorang ahli DSSK Buskers, Junaira Mohd Nasir; anggota polis Inspektor Nor Zuki Hussin; pegawai penyiasat Inspektor Abdul Fatah Abdullah dan mangsa sendiri.
Pada 20 Oktober lepas, Shahidan didakwa melakukan amang seksual dengan menyentuh tangan hingga ke bahu seorang remaja perempuan berusia 15 tahun, dalam sebuah kereta Toyota Harier, di perkarangan Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar, pada ‪pukul 11.30‬ ‪malam.
Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017‪.
Topic Berkaitan
#Ahli Parlimen Arau
#amang seksual
#kes mahkamah
#pencabulan
#pengadu tarik balik tuduhan
#saksi
#Shahidan Kassim
#tuduhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan